Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Monday, February 2, 2009

Saudara Baru

Salam kepada semua.

Kepada Rna,Haiqal,Aqis dan Luqman ayah di sini selalu merindui kalian.Kali ini aku nak cerita pasal Dakwah Center di Jubil City ni.Ia merupakan pusat penyebaran dan bimbingan untuk saudara baru dan umat islam.Ia juga ada menyediakan kelas bahasa Arab yang dikelolakan oleh ustaz daripada Indonesia.Khutbah solat jumaat biasanya akan dialih bahasa kepada bahasa indonesia selepas solat jumaat itu selesai.Pada hari jumaat pula biasanya selepas solat imam akan mengumumkan saudara-saudara baru kepada jemaah.Mereka akn diajar megucap dua kalimah syahadah dan akan disambut dengan takbir oleh para maamum.Sungguh terharu jika kita menyaksikan kekuasaan Allah ini.Betapa Allah itu akan memberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang diingininya.Hidayah Allah ini haruslah dipelihara dan dijaga supaya ia kekal selama-lamanya sebagai petunjuk ke jalan yang benar.

Selepas mereka mengucap dua kalimah syahadah ,mereka pun akan beratur di pintu masjid dan bersalaman dengan jemaah yang lain.

Dakwah Center juga ada menyediakan pakej umrah yang sangat berpatutan.Dengan hanya SAR80 kita sudah boleh mengerjakan umrah ini tidak termasuk penginapan lah.Cuma perjalanan tu jauh sket lah ,1500 km rasanya.Tapi kalu nak lebih selesa bolehlah pergi umrah tu naik kapal terbang jer.Lebih kurang SAR700 tiket kapal terbang tu.

No comments: