Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Saturday, February 7, 2009

SHARQ

Salam
Dah masuk 1 minggu aku bertugas di tempat baru ni .Sharq merupakan salah satu affliate Sabic yang terletak di Jubil Industrial City .Nama penuh dia ialah Eastern Petrochemical atau lebih dikenali dengan nama Sharq mengambil nama sempena nama wilayah di KSA ni.Apa yang aku dapat rasakan ialah perbezaan suasana kerja di Kayan dan Sharq.Kalau di Kayan suasananya lebih seperti kerja di india lah.Majoriti pekerja di Kayan ni ialah orng India.Kalau di Olefin department tu tempat aku kerje lah ,mungkin membawa 70% pekerjanya orang India.Ada 10 orang Indonesia,1 orang Piliphina,Ragunathan,Mat Rod,Samadi ,aku, dan 2-3 orng bangsa lain lah.Kalau naik shuttle bas masa nak pergi masuk plant atau keluar daripada plant tu bau dia paham2 je lah ,tak bau kari ,bau bawang.Berbual pun banyak geleng kepala je la.
Aku dan Mat Rod bersama 3 Indonesia(Yeni,Dede,Dono)1 India(Sanjay) telah ditugaskan untuk membantu Sharq start-up dia orang punya Olefin plant yang pertama dalam projek 3rd expantionnya.Tapi buat masa ni kita orng masih dalam proses overview plant diorang lah.
Apa aku nak cerita ialah suasana kat sini baru dapat rasa macam kerja kat Arab.Dalam shuttle bas tu kita orng je lah orng luar yang lain budak2 Arab.Dia orang sama gak macm budak2 kita buat lawak je dalam bas tu ,ketawa terbahak2 gak, ada gak yang gonjol.Pak Arab ni ada gak yang muka macam jawa dan macam2 lagi lah.
Dalam hujung bulan 3 ni aku rasa aku dah kena masuk shift kot sebab boiler dia orng dah nak start.Sebetulnya projek dia orang ni dah delay selama 1 tahun.Apa-apa pun aku berharap semua berjalan lancar supaya aku dapat cuti balik kampung dalam masa terdekat ni.Dah lama tak jumpa Rna,Haiqal,Qistina dan Luqman
ok lah adios maasalamah

No comments: