Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Saturday, February 14, 2009

SEKALI DIA CAKAP ARAB DA


SALAM SEMUA
Hari ni nak cerita pasal belajar bahasa arab kat Dakwah Center ni.Semalam selepas solat isyak aku dan ahli rumah aku pun dah sepakat nak pergi kelas bahasa arab yang diadakan di Dakwah Center ni.Kelas ni dua minggu sekali, tiap malam jumaat dan malam isnin lah.


Oleh kerana kita orng kerja kat arab so kena tau lah bahasa dia orang,Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek ni masuk kandang unta kena mengunta lah.By the way kita orng enjoye gak layan kelas ni disamping dapat ilmu dan mempelajari bahasa syurga.So dah prepare nak masuk syurga lah ni.InsyAllah
Kelas ni free je dikelolakan oleh Dakwah Center selepas solat isyak.Tenaga pengajarnya ialah ustaz dari Indonesia.Macam biasa lah malam ni kelas untuk beginner je,banyak lai nak kena belajar.
>
Apa yang aku tahu sekarng ni ialah bahasa arab tu ada 2 lah.Yang pertama bahasa Arab yang fasih iaitu bahasa Arab yang formal seperti AlQuran dan lagi satu bahasa Arab pasar iaitu bahasa arab yang telah terevolusi disebabkan pertemuan pelbagai budaya dan bangsa yang telah memeluk agama Islam.Senang ceritalah kalau kita guna bahasa arab fasih ni tercengang gak kejap pak arab ,lebih mudah kita guna bahasa pasar dalam kehidupan seharian.Walaupun kedua-duanya mempunyai persamaan tetapi masyarakat lebih menggunakan bahasa pasar dan bahasa Arab Fasih hanya untuk benda yang formal sahaja contohnya pembaca berita dan surat khabar lah.
Dalam kesempatan ini aku berdoa semoga ayahanda kesayangan aku Haji Samion supaya cepat sembuh daripada penyakit yang dialaminya.Semoga beliau boleh kembali aktif seperti sediakala.aminnnnnnnnn

No comments: