Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Thursday, January 29, 2009

Minggu Ke-6

Salam
Alhamdulillah sudah masuk minggu ke-6 aku di KSA ni.Setakat ni aku masih tidak ada tugasan yang khusus di Sabic.Pada minggu lepas sahaja baru aku diberitahu bahawa aku akan dipinjamkan kepada Sabic Sharq iaitu salah satu anak syarikat Sabic.Sebelum itu aku telah di interview oleh Superintenden Ahmad Harbi,Supervisor Turki Al Otaibi dan Mutlak.Seperti biasalah pertanyaan yang diajukan berkenaan plan Sabic.Alhamdulillah aku dah prepare semuanya.Tapi masalah aku sebelum boleh pergi ke Sharq ni ialah belum dapat iqamah aku dan email Sabic.Esoknya selepas Mishal uruskan aku punya email pun dapat lah.Tapi ni macam email bapak aku samion@saudikayan.sabic.com.Tapi aku punya iqamah ni dah seminggu dia orng kata tomorrow, sampai hari ni pun masih tomorrow lagi lah nampaknya.Last -last Mishal bagitau yang hari ahad ni aku dan 8 lagi rakan mesti report di Sharq pada pukul 7pagi.

Macam biasa bila masuk 26 haribulan jer,paham-paham lah kan hari gaji. Aku masih kena ambil check dekat finance dept. dan cashkan di Saudi Fransi Bank lah sebelum boleh transfer ke isteri sayang aku tu.Alhamdulillah segala urusan berkenaan duit tu semua berjalan lancar dengan bantuan Din daripada Titan LDPE dan Jamali kawan seangkatan aku ke KSA.Tapi yang kelam kabut lepas tu lah bila duit baki aku yang dah asingkan untuk aku di sini hilang,menggelabah gak cari,akhirnya jumpa gak terselit kat kocek jaket ni.syukran.
Tempat kediaman aku ni masih mengalami masalah internet.Bila masuk hari khamis malam jer abis lah internet tak boleh pakai langsung. Macam-macam option aku cari dah cuba kat lobi,kat kaki lima,tepi tingkap tapi dia tak stabil lah.Kalau orng guna skype tu macam biskut lah putus2 je.Jadi masing muka cramp je lah bila hujung minggu sebab tak dapat berhubung dengan orang tersayang termasuk aku lah.
Semalam lepas solat isyak aku bersama Azri tukang masak aku pergi pasar lah nak cari lauk .Perjalanan nak dekat 1km gak lah baru sampai,pasar dia bersih tak ada lalat yang penting ikan dia segar-segar lah .Masa aku datang tu ada ikan yang masih tercungap2, lagi.Macam ikan ada macam kat Malaysia gak lah. Aku beli ikan ngan ekor lembu jer sebab nak jaln jauh berat nak bawak nanti.Semua sekali dalam SAR 88 lah banayk gak dapat buat lauk seminggu tak habis kot tu pun kalau rajin masak.
Ok lah kita jumpa next time.

Sunday, January 18, 2009

LUQMAN HAFIZ


Hari ni aku menerima panggilan daripada isteriku yang mengatakan Luqman Hafiz demam.Suhu badannya mencecah 37.5 DegC.Ketika itu aku berada dirumah seorang kenalan baru arab yang menjemput aku dan kawan,haji sabar,hadli dan azrie makan dirumahnya.Walaupun excited dengan jemputan Abdul Rahman Al Yahya,namun hati ku risau akan keadaan Luqman Hafiz.

Pada waktu itu baru pukul 8.30 malam di KSA tetapi sudah pukul 1.30 pagi di Malaysia.

Apa yang aku risaukan rupanya menjadi kenyataan,kerana Luqman hafiz sedang mengalami pertumbuhan gigi susunya.

Sebelum itu Luqman hafiz seperti biasa tiada tanda-tanda demam,tetapi tiba-tiba sahaja suhu badannya meningkat dan mula merengek.Isteri ku mula gelisah kerana esok dia perlu ke sekolah pada belah pagi dan terpaksa bertolak ke KL pada belah petangnya untuk janji temu Qistina.Buat masa ini Qistina masih menjalani rawatan susulan sebulan sekali di KL untuk operation kaki kirinya.

Aku sangat berterima kasih kepada isteriku yang tersayang kerana terpaksa menghadapi keadaan ini seorang diri tanpa aku di sisi.

Aku hanya mampu berdoa kepada Allah yang satu semoga keluarga aku dalam keadaan yang selamat dan sihat walafiat.Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, January 16, 2009

KUDA DRIFT..

Hari ni Hussin dah janji nak ajak aku dan kawan menonton perlumbaan kuda di Jubil ni. Lepas asar pun aku bersiap terus pergi ke rumah Hussin. Rumah dia simple je, dia duduk ngan abng dia yang kerja di SABIC SADDAF . Abng dia per Al-Kobar hari ni. Hussin dah siapkan qahwa (kopi arab) , shy (teh) dan tamar sket untuk dimakan ketika menonton perlumbaan kuda. Dalam 15 minit sampailah kat track kuda tu, ramai gak orng dah tunggu. Tempat tu ada gak tempat main untuk anak2, macam fun-fair gitulah. Tapi tak sehebat kat Yong Peng la ..

Sampai je kat sana Hussin kuarkan qahwa, shy dan tamar tu la.Gambar sebelah ni kuda tengah warmp-up mengokot gak bunyi dia. Hussin bagitau orang arab suka naik kuda sebab ia adalah salah satu aktiviti riadah nabi. Menunggang kuda bagus untuk tulang belakang kita.Selain berkuda nabi juga suka memanah, berenang dan mendaki bukit. Tapi kata Hussin sekarang budak-budak tau main PS2 jer.


Tepat pukul 4 petang waktu Saudi perlumbaan pun start. First time aku tengok racing kuda depan mata. Sedap gak layan. Rupanya laju gak kuda ni racing. Berderap bunyinya. Dia punya track tu lebih kurang 1 km la. Tak sampai 15 minit race habis. 1 round je.

Keta kuda ni macam biasala , kena bayar untuk naik satu pusingan tak tau berapa riyal. Lepas 15 minit satu lagi race berlangsung. Rasanya lagi laju daripada tadi. Rasanya ni cc lagi besar kot. Menurut Hussin hadiah untuk race kuda ni cuma untuk tempat pertama je.Hadiahnya dalam SAR60000 , lumayan tu. Kuda tu seekor SAR5000 dah dapat dah. Time race tu matahari terik tapi temp. dalam 16 deg C jer so sejuk la bila duduk lama-lama kat luar tu. Bila dah abis je race kita orang pun balik Al-Bahar la.
________________________________________________

Minggu ke-4


Sempat gak posing kat keta Merc.V8 yang power ni. Malaysia jarang nampak keta ni. Dalam PS2 adalah ...



Inilah main offices
SABIC KAYAN
di AL-FANATEEL ni.





Syukran jazilan
Sudah masuk minggu ke-4 aku di KSA ni. Maksudnya dah 4 minggu aku tinggal kan Cikgu R'na, Aqis, Haiqal, Luqman Hafiz dan Yong Peng. Rasa dah mula sesuaikan diri denagn cara hidup di sini. Orang malayisa diJubil ni kira minoriti jer so kita kena ikut rentak dia orng la yang ramai kat sini iaitu india, pilipina dan indon. Kena selalu berfikiran positif baru boleh bertahan kalau tidak memang seronok duduk malaysia. Disini kelebihannya ialah tiap solat waktu, masjid boleh dikatakan penuh kerana kedai semua tutup, walaupaun masih ada yang curi2 bukak terutama cyber cafe lah.
Minggu ni merupakan minggu terakhir aku stay di Al-Bahar ni sebab minggu depan aku akan pindah ker jubil city. Aku akan menyewa apartmen di Al-Hasoon seperti kawan2 yang lain lah. Disitu boleh dikatan ramai orang malaysia dan indonesia. Allhamdulillah aku dapat bilik tingkat bawah so senang nak gi masjid nanti. Semalam aku dah pergi tengok bilik tu,s emua barang dia baru belaka kecuali mangkuk tandas jer lah .
Sempena minggu terakhir ni , aku dan sahabat lain pun ajak lah pak arab yang selalu ajak berborak tu , nama dia hussin seorang cikgu matematik (kalkulus mualim). hari ni dia bawak pegi solat jumaat kat masjid Al-Tamiah di Al-fanateel. Kawasan tu macam Putrajaya lah keadaannya, tempat golongan elit katanya. tempatnya memang cantik dan bersih kalau nak dibandingkan dengan jubil city tu. Lepas solat jumaat kita orng makan nasi beriayani kat Al-Phihaa,sebelah A-Fanateel tadi.
Pose istimewa bersama Hussin Al Zahrani selepas solat jumaat
Hussin mempelawa kita orang ikut dia lepas asar pergi menonton perlumbaan kuda . Kita orang suka jer lah, pucuk dicita ulam yang datang. Bab lumba kuda nanti aku citerkan.


Dijangka petang ni akan hadir lagi kawan2 dari malaysia ,tapi dah pukul 3 ptng ni tak nampak batang hidung lagi. Subuh tadi kekawan dari Indonesia dah sampai, lebih kurang 15 orng katanya.

Wednesday, January 14, 2009

DAPAT BONUS

ALHAMDULILLAH
PEJAM CELIK- PEJAMnCELIK DAH NAK DEKAT 3 MINGGU AKU TINGGAL KAN YONG PENG,
SYUKUR KEPADA ALLAH YANG MENCURAHKAN REZEKI KEPADA SEMUA MAKHLUKNYA (MELAKUK KATA HAIQAL). PADA 10/01/09 TU AKU DIBAGITAU YANG ADA CEK UNTUK AKU PUNYA GAJI BULAN 12 CAMPUR NGAN BONUS.TAK SANGKA PULAK DAPAT GAJI BULAN NI.DALAM BAJET PLANING AKU MEMNG TAK DER LA INCOME NI ,SO NI MEMNG KIRA BONUS LA. JUMLAHNYA LEBIH GAJI SEBULAN KAT MALAYSIA WALAPUN BARU KEJE 8 HARI CUTI 2 HARI.

MAKA BERMULA LAH SESI BERANGAN NAK BUAT APA NGAN DUIT NI, AKHIRNYA NI LA AKU UPDATE BLOG AKU NI NGAN LAP TOP BARU AKU. BRAND TOSHIBA JE BOLEH LAH YM NGAN KEKASIH AKU TU DAN ANAK-ANAK.

DI JUBAIL NI BARANG ELEKTRONIK MASIH MAHAL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN YONG PENG KER KLUANG TAK YAH LA CITER KAT LOK YAT TU LAGI LAH JAUH BEZA. APA YANG AKU DAH SURVEY TU KALAU BARANG USA KAT SINI MURAH SKET LA. TAPI NANTI KO RANG KATA AKU SOKONG USA PULAK. TETAPI HAKIKAT NYA KSA NI MEMANG PENUH NGAN PRODUK DARI USA TAK SAMA DENGAN KAT YONG PENG TU YANG BANYAK PRODUK DARI CINA. KALAU LEVIS 501 TU BARU SAR180 JER, RAY BAN (SUN GLASES) SAR 250 JER, RED WING PUN BOLEH LAH KALU NAK BELI. MACAM KASUT KEJE SABIC TU DALAM SAR495 KOT.

AKU TURUT BERSIMPATI NGAN RAKYAT PALESTIN YANG SEKARANG NI TERUS DI SERANG OLEH LAKNATULLAH YAHUDI TU. BULAN MUHARAM NI KAN BULAN HARAM BERPERANG TAPI DIA TETAP NAK MENCABAR HUKUM ALLAH. PAK IMAM KAT TEMPAT AKU DUDUK NI -AL BAHAR- SETIAP WAKTU DIA AKAN BACA DOA MASA SOLAT WAKTU, MACAM DOA QUNUT LA, PANJANG GAK BOLEH MENCECAH 4 MINIT.

TAPI TAK LAMA LAGI AKU PASTI AKAN MERINDUI SUARA LUNAK IMAM TU SEBAB MINGGU DEPAN AKU DAH NAK PINDAH KE JUBIL BALAD. AKU AKAN MENYEWA APARTMENT AL-HASOON KAT JUBIL TU.

AKU SUKA DUDUK KAT AL BAHAR NI SEBAB TEPI PANTAI,TENANG,SURAU DEKAT CUMA IA JAUH DARIPADA BANDAR SO SUSAH NAK CARI BARANG KEPERLUAN

TAK PER LA TU NAMA DIA KEHIDUPAN MERANTAU NI.

OK LAH SAMPAI SINI DULU CERITA AKU NI, LAIN KALI CERITA LAGI

Friday, January 2, 2009

KSA PART 2

Bismillahirahmanirrahim.... ni part 2 gambo2 yg bole aku upload...ntah dah berapa puluh kali aku cuba...ni aje la gambo2 yg berjaya diupload.....kena sabar je laaa...

Transit kat Bahrain... jumpa Datuk 'K', Datuk 'S' tak de plak...
Bergambar didepan hospital untuk membuat medical Check up

Ni la gambar bas yang bawak kitorang g keja...amacam...best tak??

First time makan kat luar

Menunggu bas nak g keja

Thursday, January 1, 2009

CETA 2 MINGGU

Bismillahirrahmanirrahim...
Syukur alhamdulillah dah 2 minggu aku kat sini... Biasalah tengah menyesuaikan diri kat tempat baru. Kat sini waktu siang dan malamnya cepat berlalu. Awan kat langit jarang kelihatan.
Cuaca sejuk betul kat sini...kulit aku pun dah jadi putih2, bibir kering nak sakit tekak. Kalau minum air kejap jer dah nak kencing...pas tu haus lagi. ..kalau bangun pagi tu kuar rumah tak pakai baju boleh krem satu badan......dijangkakan keadaan ni akan berterusan sampai bulan Mac nanti...cuaca dia kering dan sejuk kena pakai jaket,tutup kepala, sarung tangan la kalu duduk kat luar tu,tapi kalau dalam bilik tu ok lagi....kat rumah ni semua ada heater,air panas dan sejuk,dapur,peti ais....
pasal kediaman pulak aku boleh duduk kat rumah company selama sebulan lps tu kena cari rumah sewa la ,biasanya dia orang akan pindah ke bandar jubil ni sebab semua ada ....masalah utamanya ialah tak der transpot.Area rumah company tu ok ,tepi pantai macam duduk kat chalet. tapi jauh ngan bandar .
subuh pkl 5 pg tp pkl 6 dah trng dah..... gi keje pukul 715 pg bas amik kat area umah tu....dalam 3 hari ni aku kena complete kan medical test ....aku dah buat malaria test ngan ultra sounnd test, geli gak macm orang tengok baby dalam perut tu. fyi proses pentadbiran kat sini memang mengugat kesabarn .
Kat bawah ni korang tengoklah sendiri serba sedikit gambo-gambo yang aku sempat upload. Internet kat sini 'lembab' giler...jap2 hang2, jap2 hang2...kena sabar je la....











Gambar rumah n bilik aku.



makan nasi yg pertama setelah seminggu kat sini.
Selama ni makan roti sampai penat kunyah roti