Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Sunday, January 18, 2009

LUQMAN HAFIZ


Hari ni aku menerima panggilan daripada isteriku yang mengatakan Luqman Hafiz demam.Suhu badannya mencecah 37.5 DegC.Ketika itu aku berada dirumah seorang kenalan baru arab yang menjemput aku dan kawan,haji sabar,hadli dan azrie makan dirumahnya.Walaupun excited dengan jemputan Abdul Rahman Al Yahya,namun hati ku risau akan keadaan Luqman Hafiz.

Pada waktu itu baru pukul 8.30 malam di KSA tetapi sudah pukul 1.30 pagi di Malaysia.

Apa yang aku risaukan rupanya menjadi kenyataan,kerana Luqman hafiz sedang mengalami pertumbuhan gigi susunya.

Sebelum itu Luqman hafiz seperti biasa tiada tanda-tanda demam,tetapi tiba-tiba sahaja suhu badannya meningkat dan mula merengek.Isteri ku mula gelisah kerana esok dia perlu ke sekolah pada belah pagi dan terpaksa bertolak ke KL pada belah petangnya untuk janji temu Qistina.Buat masa ini Qistina masih menjalani rawatan susulan sebulan sekali di KL untuk operation kaki kirinya.

Aku sangat berterima kasih kepada isteriku yang tersayang kerana terpaksa menghadapi keadaan ini seorang diri tanpa aku di sisi.

Aku hanya mampu berdoa kepada Allah yang satu semoga keluarga aku dalam keadaan yang selamat dan sihat walafiat.Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments: