Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Friday, December 12, 2008

HAPPY BIRTHDAY QISTINA!!!

Happy Birthday Qistina yang ke-5 Tahun....InsyaAllah malam ni kita celebrate. Genap 5 tahun, semoga sihat selalu, jadi anak yang solehah dan bijak. InsyaALlah.
Rasa terharu jugak...ye la, baru operation. Sekarang alhamdulillah dah boleh berjalan. Sedang mengikuti fisioterapi dekat Hospital Kluang. Hadiah pun dah beli...dia nak beg Tom N Jerry. Kebetulan hari yang kami sekeluarga berada di Kuala Lumpur, belilah sekali barang-barang keperluan untuk anak-anak bersekolah pada tahun hadapan. Oklah....gambar nanti malam baru upload yea.....Jangan nakal-nakal ye Qis.....:)

Tuesday, December 9, 2008

NI LA KEJA TIME MENGANGGUR





Bila dan nganggur...tak de keja laaa....balik kampung...tido, makan, tido, makan....petang2, ni la keja aku. Petik cili kat tepi umah....bapak aku yang tanam, tapi hasilnya aku yang tuai....heheheh...banyak buahnya...geram aku....





Ni la hasilnya.....satu mangkuk besar.....ni baru aku petik dalam 5 pokok....itupun dah sakit pinggang sebab membongkok....




Lepas petik lada, aku petik buah ciku pulak.....buah ni banyak..ada 2 pokok kat tepi umah aku ni, tapi hasilnya jaaarang aku dapat makan sebab terpaksa "siapa cepat, dia dapat"...kena cepat, kalu tak, monyet, lotong akan kenduri kalu tak amik buah ni awal-awal untuk diperam.



Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA

Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua umat Islam. Semoga AidilAdha tahun ini lebih bermakna dan membawa keberkatan kepada seluruh ahli keluarga. Terutama sekali pada kengkawan Synthomer yang kena keja dihari raya ni. Yang aku tak sempat jumpa dihari terakhir aku kat kilang tu....macam biasa....minta maaf jika ada terkasar, tergurau, terlebih sewaktu aku bersama kalian semua. Termakan...terminum...minta halalkan...kalau rasa aku masih ada terhutang dengan kalian...jangan lupa miskol...insyaAllah aku miskol balik kat hp kilang...hehehe

Wednesday, December 3, 2008

PERCUTIAN TERAKHIR SEBELUM BERANGKAT


Dah 2 minggu jugak aku menganggur....masa ni la kesempatan yang aku ada untuk menghabiskan masa bersama familyku sebelum berangkat ke sana.

Perjalananku dimulakan dengan destinasi pertamaku iaitu Kuala Lumpur, kemudia aku terus ke Sungai Buluh, Kuala Selangor, Sungai Besar, ke Ipoh perak....kemudian ke Cameron Highlands, turun balik ke Kuala Lumpur, dan terus ke Tiara Beach Resort Port Dickson. Korang tengoklah betapa gumbiranya anak-anak aku kat Tiara Beach Resort ni....Yang si kecik ni punyalah excited...first time mandi....malam tu penat giler dia...trus tidoooo......




PREPARATION




Inilah beg Deuter yang aku baru beli untuk perjalanan ke KSA, Harganye mencecah RM 1000, tp 'adik KARIM" punya pasal, aku dapat separuh harga....alhamdulillah. Itu pun dah kantul dengan untie yang jual beg ni....hehehe...Banyak kedai dah aku survey kat KL tapi harganya same gak...kat internet pun same....konon-konon nak banding la...tak nak nyusahkan KARIM...last2 mintak tolong kat dia gak....Beg ni aku beli kat PERTAMA COMPLEX...kalu tak silap kat tingkat 2. No kedai 61 atau 66 yek???...aku pun dah lupa...kalu korang berkenan kedai beg ni senang je, atas dia ade pub yang korang akan dengar suara2 sumbang menyanyi...sungguh menyakitkan hati, telinga dan memenatkan mulut untuk ketawa.