Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Sunday, April 26, 2009

MEMANG SUSAH HIDUP TAK DE LAKI...HEHEH

Salam semua...
Kali ni nak ceta pasal kehidupan yang dah 4 bulan tak jumpa laki....emmm...mula-mula memang rasa ok..macam bole handle...tp bile dah 3 bulan tunggu laki tak balik2...hati dah mula rasa lain macam....lagi2 bile dah konpom suami tak dapat cuti untuk balik Malaysia...hati isteri mana yang suka kalu laki tak balik.....
Maka bermulalah episod2 sedih...anak2 sejak kebelakangan ni sakit..tak taulah..memang musim demam, batuk n selsema.....nak2 yang kecik...aduh..baik je demam..kena selsema dan batuk plak...tapi hati kena redha je la bangun tiap malam jaga anak2 yang sakit.

Setakat ni rasanya ade 3 kejadian yang betul2 mengugat kesabaran..mengugat kesedihan. Pertama...kereta kancil tu pancit..bukan pancit lagi...pecah abis..ntah tak tau kenapa....maka buat pertama kali dalam hidup....tukar tayar sendiri....huhu..tengahari buta..kalu tak silap..hari tu hari jumaat. Kejadian kedua plak....pagi2 g sekolah dapat surat kena pergi kursus on d spot pagi tu gak..bayangkanlah nak tinggalkan anak2..aduhh...x sempat cakap ngan anak2 yg ibunya kena gi kursus....teruslah balik ke rumah n siapkan sume brg2 makanan, pakaian untuk anak...nak tingglkan lama tu...5 hari.....si kecik antar kat umah pengasuh...terima kasih kepada pengasuh yang namanye Kak Ju..dialah yang bersusah payah jaga si kecik ni kalu ibu kena g kursus atau g KL utk appoiment akaknye....
On d way g kursus tu tak yah cetalah..kalu selama ni ade d yang antar....so...ini kira pertama kali gak aku drive SORANG-SORANG g Nilai, Negeri Sembilan....air mata mengalir je sepanjang perjalanan...Alhamdulillah....semuanya berjalan dengan lancar.



GAMBAR TERKINI PINTU YANG DILANGGAR SEMALAM...

Ni plak ceta semalam...smlm petang kuar g bank nak bayar utang..alih2 keta kancil kena langgar la plak....aduhhh...tu la keta kesayangan ibu yang senang nak dibawa ke hulu ke hilir....Kemik pintu depan blah pemandu....apalah...kalu nak ngundur tu tengok2 la blkng....geram gak....kesudahannya...pintu tu tak leh ditutup plak skrg...masalah betul....tu bukan jadi masalah..yang jadi masalah skrg ialah IBU MALAS NAK G SEK BAWAK 406 TU...LECEH...lagi cepat n pantas bawak kancil....tapi...????? nak buat cam ne ek??

Monday, April 20, 2009

Saturday, April 4, 2009

MEKAH TO MADINAH

Salam sejahtera.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. sekali lagi aku telah dipermudahkan untuk menunaikan ibadah umrah buat kali kedua.Dalam sejarah hidup aku, hari jadi ku sambut dengan menunaikan ibadah umrah dan menziarahi Masjid Nabawi.

MIQAT DI TAIF
Alhamdulillah kali ini aku berkesempatan menziarahi makam Rasulullah SAW. di Masjid Nabawi selepas menunaikan umrah di Mekah.Dengan izinNYA semua perjalanan berjalan lancar dan kesihatan aku pun Alhamdulillah.
GUA HIRAQ
Kali ini kelihatan Masjidil Haram semakin dipenuhi oleh jemaah umrah dari seluruh dunia mungkin kerana visa umrah sudah mula dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi.Maka kelihatan lah rombongan2 dari Turki,Iran,Indonesia dan Malaysia.Mungkin banyak lagi rombongan lain tapi aku tak cam.
POSING DI NABAWI
Seperti biasa jika umrah Mekah Madinah ini kita akan hanya berkesempatan di Mekah dari pkl 1030 pagi hingga lepas Isyak.So tak banyak masa lah kita nak menatap Kaabah dan bersiar2 di kota Mekah.
Selepas solat Isyak maka bermulalah perjalanan ke Madinah,bumi yang disucikan oleh Allah untuk kekasihnya Nabi Muhammad SAW.Perjalanan lebih kurang 6-7 jam untuk sampai,selepas rehat sebentar di hotel aku pun berangkat lah ke masjid Nabawi sebelum azan subuh.
LAMBAIAN NABAWI
Alhamdulillah aku dapat solat subuh di belakang kawasan raudah walaupun telah dipenuhi oleh umat manusia.Selepas solat subuh aku pun terus pergi menziarahi Raudah seterusnya kubur ,Saidina Omar,Saidina Abu Bakar dan akhir sekali Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

KUBAH HIJAU KUBUR NABI

SYILING RAUDAH AREA
Masa rasanya terlalu singkat berada di bumi haram Madinah munawarah ini.Cuacanya sungguh nyaman dan dingin tak seperti di Mekah.Bandar yang teratur dan bersih.
Alhamdulillah aku dapat solat jumaat di kawasan Raudah lagi walaupun bukan didalam Raudah tapi sudah memadai bagi ku.
Selepas solat jumaat bertolaklah semula ke Jubail pada pukul 1430 dan tiba di Alhasson pada pukul 0425 pagi.


Pemandangan sekitar kawasan luar Masjid Nabawi sebelum solat Jumaat.

Wednesday, April 1, 2009

SEMOGA PANJANG UMUR

Salam sayang...
Selamat ulang tahun yang ke-33 tahun pada 2 April ni.Semoga panjang umur, sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan didunia dan akhirat...INsyaAllah...Untuk abang yang jauh dimata, dekat di telinga....

Telah dilahirkan aku untuk menjadi suri hidupmu
Telah dilahirkan aku untuk menemani ranjau hidupmu
Aku tak punya apa
melainkan dikau dan cahayamata
Telah dilahirkan aku untuk sehati sejiwa
melayari bahtera rumahtangga
jangan kau gadai jujur setiaku
jangan kau noda damai kasihku
sering ku ucapkan kepadamu
bimbinglah daku dan anak-anak kita
dengan iman dan takwa
Aku tak pernah lupa
Redha dan kasihnya sang suami
pada seorang bergelar isteri
Sehingga ke pintu SYURGA

InsyaAllah....