Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Monday, March 16, 2009

Makan

salam semua
Hari ni aku kerja petang so pagi ni tak de kerja nak buat lah,nak YM pun isteri aku baru balik dari periksa.Dia kata tadi susah gak,dah lah nak baca buku kena kacau ngan anak2 katanya.InsyAllah lulus lah harapnya


Ada beberapa hal aku nak uruskan tapi penyakit malas tu masih kuat menular dalam diri ni ialah sebabnya nak kena jalan kaki gi bank untuk cashkan cek aku dan submit akaun bank aku kat Kayan.Lagi2 kena ngadap si Belal yang poyo tu.
Cerita pasal makan kat sini menu dia terhad lah kepada tekak jawa aku ni.Kalau kat yong peng atau kluang tu tak jadi masalah lah.Tapi untuk hidup punya pasal layan je lah sebab bukan hidup untuk makan tapi makan untuk hidup.Susah2 makan pun berat badan dan muka makin tembam pulak.Tapi Alhamdulillah sihat.
Antara menu restoran kat sini ialah
yang paling ngetop-nasi briyani kat restoran Almanak,Turkistani tak pun Coco(bukan Coco Corner kat Kluang tu)
Kedua ngetop-sawarma-macam kebablah tapi dia digulung
Ketiga ngetop-Roti sandwich sebabnya paling mudah dapat dan dekat ngan rumah ni.

Ada banyak lagi lah makanan lain macam broasted(ala2 KFC)roti tempayan,Khabsah( makanan asli orang Arab-sama macam nasi briyani),kebab kat sini ialah daging panggang ala2 sate makan ngan roti dan sos putih.

Kebab yang belum dibakar


Banyak lagi makanan yang aku tak de rasa nak cuba sebab rupa je dah tak selera.Kalau fast food tu macam biasa lah Pizza Hut,McD,KFC dan Domino Pizza tu ada,tapi dia punya service nya slow.Ini boleh mendatangkan marah.
Satu yang aku puji ialah dia punya jus kat sini memang class mia-mia asli.Boleh kenyang kalau kena segelas mix jus kat Coco tu.Harga dia kalau tak silap 6 riyal segelas kot.
Last-last aku try masak sendiri lah kat umah,tapi almaklum je kalau aku masak mesti syok sendiri nya,rasa tak tau jadi apa yang penting kepuasan masak sendiri,hheheeh.Isteri aku tau lah macam mana aku masak.

Kelapa sebiji 4 riyal bro.

Dapur

Lesung ni buat penat je kalau guna.

Itu je lah buat masa ni ,lagi pun aku baru 3 bulan kat sini banyak lagi yang aku tak jumpa.Tapi kalau nak rasa makanan Thai ada kat sini.Masakan malaysia boleh gak tapi kena drive 100km lebih lah pegi Al Qobar makan kat Malaysia Kitchen.Info yang aku dapat mengatakan Malaysia Kitchen ni ada hantar makanan ke Jubail ni tapi kena order dalam kuantiti yang banyaklah.
Ok lah banayk citer banyak bohong,aku kasi tengok gambar2 tu lu pikir lah sendiri.

Sunday, March 15, 2009

تاهن7 هفلأتول عيدل ميلأدئ حئقال

Salam...
Alhamdulillah...genap sorang lagi umur anakku iaitu Muhamad Haiqal B Mahathir 7 tahun sekarang ni...Semoga sentiasa sihat, panjang umur, rajin, pandai dan yang paling penting menjadi anak yang soleh. InsayAllah....Majlisnye biasalah...kami memang sambut sekeluarga je..memandangkan pertama kali ayahnye tak de..sambutlah 4 beranak je....siap je masak nasik goreng pagi trus kitorang potong kek.
Kek ni sebenarnya dah dibeli 2 hari yang lepas...bila dah beli..simpan dalam peti ais la...tiap hari dia sibuk tanye..ibu, bile nak potong kek haiqal...jadi hari ni tercapailah hasrat dia memotong kek pilihannye...atas kek ade kereta..spiderman dan ntah apa2 lagi ntah...dia yang pilih kek tu...
Memandangkan baru je sambut birthday si kecik tu..time kuarkan kek je, dia yang excited lebih2..kelam kabut jugak nak handle dia...sibuk nak "menghancurkan" kek yang belum sempat dipotong oleh abangnye..tu blm ditambah lagi dengan bisingnye mulut dia tengok kek tu...
Sambutan biasa je..hanye ade kek je...ye la...ibunye kena g kursus hari sabtu n ahad yang lepas...hari isnin sibuk nak baca buku..selasa dah periksa PTK...mungkin lepas periksa kot baru bawak g jalan2 budak ni..kalu rajinlah...kalu tak, membongkang je la kat umah...
Serba sedikit gelagat Haiqal memotong kek pilihannye disamping pembantu peribadinye...





Happy Birthday Haiqal



6 jam lagi pada tahun 2002 akan lahir lah seorng bayi yang comel pengikat kasih sayang antara aku dan isteri aku.Tepat jam 6 pagi pada tarikh tu aku menyambut bayi sulung ku didepan labour room Hospital Sultanah Aminah dan terus azan dan qamat kan.Bermulalah gelaran ayah dan ibu untuk aku dan isteri aku.Kalau dikenang2 time tu memang tak sangka lah sebab HAIQAL lahir awal 3 minggu dari due date.Bermula pada petang 15/3/02 tu isteri aku dah rasa tak selesa,terus ke Rabissafina di Taman Rinting tapi dia nasihat kan terus ke HSA sebab ni kelahiran awal .
Alhamdulillah selepas 7 tahun Haiqal sekarang dah besar dah boleh diharap untuk membantu buat kerja rumah dan menggalas tugas ayahnya yang jauh diperantauan hehehe.
Haiqal sebagai anak sulung,pengalaman menjaganya tidak boleh kulupakan.Pada umur nya baru mencecah 4 bulan dia mengalami radang peparu,3 hari dok wad kat Hospital Penawar pasir Gudang,umur 6 bulan kena ceret beret sebab salah makan steam boat kat Klebang Beach Resort,5 hari dok wad Penawar lagi.Lagi satu haiqal ni kalau demam dia punya temperature tu boleh mencecah 40 degC.
Apa yang aku perasan tentang Haiqal ni dia pandai berposing time bergambar,ada jer posing yang dibuat nya.
Itu semua kenagan lalu sekarng dia sihat seperti anak2 lain.Menurut sumber2 yang boleh dipercayai sekrang dia rajin membaca, insyAlalh semoga menjadi anak yang soleh.
Buat pertama kali aku tak dapat sambut harijadi.Mungkin esok isteri aku dah sediakan semuanya ntuk harijadinya dan mungkin upload sket gambar beday2 dia.
ok lah adios
maasalamah
اسلأمعليكوم

Kerja Shift.

Salam semua
Oleh kerana hari ni aku off so aku update lagi lah blog aku ni .Aku nak ceta pasal keja shift kat Sharq ni lah pulak.Setelah sebulan aku di Sharq ni aku pun telah dishifkan di bawah team B,Buat pertama kali dalam sejarah kerja aku dapat team lain selain team A.Titan 10 tahun team A,Synthomer 3 tahun team A,Kayan sebulan team D tapi tak sempat masuk shift lah.
Sharq punya shift schedule ni tak mesra rakayat lah sebabnya 3shift 8 jam bermula 7 pagi 3 off 7 malam 2 off 7 petang 2 off dan 7 pagi semula.Untuk aku yang dah biasa keje 2 siang dan 2 malam ni jenuh lah nak abis kan 7 hari berkerja tu.
First day aku keje tu cuaca masih sejuk(19-21 degC) dan berangin tu yang aku terus demam dan badan tak sedap lah,sampai lah hari ni,Alhamdulillah dah ok sket lah,kira dah boleh terima lah shift ni.Buat masa ni aku dah complete kan 7 siang dan 3 off(masa ni aku gi AlQobar cari Malaysia kitchen) dan baru jer selesaikan 7 malam aku dan sedang menikmati first off aku.
Tapi keje shift ni boring sket lah sebab tak jumpa kawan2 yang rata2 nya masih kerja normal shift di Kayan.Mat Rod pun kena campak shift A so aku jumpa time handover je lah.Keje shift ni aku layan pak Arab ni sorng2 jelah,cuma semalam je lah kawan indon aku Yeni baru joint shift A,so ada gak kawan ngobrol.
Buat masa ni plant aktiviti cuma comissionig CWS &CWR dan dalam masa terdekat ni akan commissioning NG to VHP boiler dan furnace.InsyAllah tak "cepat" lagi VHP boiler tu dah nak berasap.

UMRAH

Salam semua
Aku dah lama tak update blog ni sebab badan tak sihat lah sejak kena keje shift ni.Biasalah aku start ngan shift siang 7 pagi to 3 petang.Dan first day tu cuaca masih sejuk(19-21 degC) dah berdebu tu yang aku keje dua hari je, lepas tu terus demam urat,selsema ,sakit perut dan serba tak kena lah.Selepas aku menunaikan ibadah umrah,biasalah lepas umrah tu badan letih skeet lah sebab jalan jauh nak dekat 15oo km dari Jubail to Mekah .Tapi lepas sehari tu badan Alhamdulillah ok ,tapi bila kena layan cuaca sejuk dan berdebu kat luar tu yang aku terus tergolek tu.
Walauapapun aku tetap bersyukur aku telah dapat menunaikan umrah aku yang pertama insyAllah umrah yang mabrur.
Aku nak ceta skeet lah pengalaman umrah tu ,tapi dah banyak lupa,kalau aku update masa aku balik umrah tu banyak kot cetanya .Tapi yang ni serba sedikit je lah sebab time tu aku memnag tak de idea dan badan tak selesa.Tapi klik lah kat gambar yang bertajuk UMRAH tu boleh lah tengok serba sedikit cerita perjalanan aku.
25/02/09 Bertolak dari Jubail lepas magrib dan sampai di Taif untuk berihram dan niat umrah pada jam 900 pagi 26/02/09 keesokannya dan tiba di Mekah pada pukul 1030 pagi.Aku start umrah pukul 1100 pagi dan tamat siap bercukur(bertahlul) pada pukul 200 petang gak lah.Sepanjang di Mekah aku dapat tawaf 3 kali ,tak berkesempatan nak kucup Hajar Aswad sebab terlalu ramai jemaah kerana ketika ni cuti sekolah di Arab Saudi.Ramai lah family yang datang mengerjakan umrah,seronok bila tengok budak2 pun pakai umrah teringat Haiqal& Qistina kalau dia pakai ihram insyAllah.27/02/09 Selepas solat jumaat terus bertolak pulang ke Jubail .Dalam perjalanan pulang tu ribut pasir agak teruk gak so bas slow je lah.Tiba di Jubail pada 28/02/09 kesokkannya pada 430 pagi terus gi solat subuh lepas tu tido sekejap bangun pukul 630 pagi bersiap nak gi kerja.
Alahamdulillah bersyukur kepada Allah yang telah menjemput aku menjadi tetamu nya ke masjidil haram.Insyallah aku akan datang lagi menyahut lambaian kaabah kerana disana aku merasa ketenangan yang tak pernah aku rasa ditempat lain.ALLAHUAKBAR.