Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Monday, March 16, 2009

Makan

salam semua
Hari ni aku kerja petang so pagi ni tak de kerja nak buat lah,nak YM pun isteri aku baru balik dari periksa.Dia kata tadi susah gak,dah lah nak baca buku kena kacau ngan anak2 katanya.InsyAllah lulus lah harapnya


Ada beberapa hal aku nak uruskan tapi penyakit malas tu masih kuat menular dalam diri ni ialah sebabnya nak kena jalan kaki gi bank untuk cashkan cek aku dan submit akaun bank aku kat Kayan.Lagi2 kena ngadap si Belal yang poyo tu.
Cerita pasal makan kat sini menu dia terhad lah kepada tekak jawa aku ni.Kalau kat yong peng atau kluang tu tak jadi masalah lah.Tapi untuk hidup punya pasal layan je lah sebab bukan hidup untuk makan tapi makan untuk hidup.Susah2 makan pun berat badan dan muka makin tembam pulak.Tapi Alhamdulillah sihat.
Antara menu restoran kat sini ialah
yang paling ngetop-nasi briyani kat restoran Almanak,Turkistani tak pun Coco(bukan Coco Corner kat Kluang tu)
Kedua ngetop-sawarma-macam kebablah tapi dia digulung
Ketiga ngetop-Roti sandwich sebabnya paling mudah dapat dan dekat ngan rumah ni.

Ada banyak lagi lah makanan lain macam broasted(ala2 KFC)roti tempayan,Khabsah( makanan asli orang Arab-sama macam nasi briyani),kebab kat sini ialah daging panggang ala2 sate makan ngan roti dan sos putih.

Kebab yang belum dibakar


Banyak lagi makanan yang aku tak de rasa nak cuba sebab rupa je dah tak selera.Kalau fast food tu macam biasa lah Pizza Hut,McD,KFC dan Domino Pizza tu ada,tapi dia punya service nya slow.Ini boleh mendatangkan marah.
Satu yang aku puji ialah dia punya jus kat sini memang class mia-mia asli.Boleh kenyang kalau kena segelas mix jus kat Coco tu.Harga dia kalau tak silap 6 riyal segelas kot.
Last-last aku try masak sendiri lah kat umah,tapi almaklum je kalau aku masak mesti syok sendiri nya,rasa tak tau jadi apa yang penting kepuasan masak sendiri,hheheeh.Isteri aku tau lah macam mana aku masak.

Kelapa sebiji 4 riyal bro.

Dapur

Lesung ni buat penat je kalau guna.

Itu je lah buat masa ni ,lagi pun aku baru 3 bulan kat sini banyak lagi yang aku tak jumpa.Tapi kalau nak rasa makanan Thai ada kat sini.Masakan malaysia boleh gak tapi kena drive 100km lebih lah pegi Al Qobar makan kat Malaysia Kitchen.Info yang aku dapat mengatakan Malaysia Kitchen ni ada hantar makanan ke Jubail ni tapi kena order dalam kuantiti yang banyaklah.
Ok lah banayk citer banyak bohong,aku kasi tengok gambar2 tu lu pikir lah sendiri.

No comments: