Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Sunday, March 15, 2009

UMRAH

Salam semua
Aku dah lama tak update blog ni sebab badan tak sihat lah sejak kena keje shift ni.Biasalah aku start ngan shift siang 7 pagi to 3 petang.Dan first day tu cuaca masih sejuk(19-21 degC) dah berdebu tu yang aku keje dua hari je, lepas tu terus demam urat,selsema ,sakit perut dan serba tak kena lah.Selepas aku menunaikan ibadah umrah,biasalah lepas umrah tu badan letih skeet lah sebab jalan jauh nak dekat 15oo km dari Jubail to Mekah .Tapi lepas sehari tu badan Alhamdulillah ok ,tapi bila kena layan cuaca sejuk dan berdebu kat luar tu yang aku terus tergolek tu.
Walauapapun aku tetap bersyukur aku telah dapat menunaikan umrah aku yang pertama insyAllah umrah yang mabrur.
Aku nak ceta skeet lah pengalaman umrah tu ,tapi dah banyak lupa,kalau aku update masa aku balik umrah tu banyak kot cetanya .Tapi yang ni serba sedikit je lah sebab time tu aku memnag tak de idea dan badan tak selesa.Tapi klik lah kat gambar yang bertajuk UMRAH tu boleh lah tengok serba sedikit cerita perjalanan aku.
25/02/09 Bertolak dari Jubail lepas magrib dan sampai di Taif untuk berihram dan niat umrah pada jam 900 pagi 26/02/09 keesokannya dan tiba di Mekah pada pukul 1030 pagi.Aku start umrah pukul 1100 pagi dan tamat siap bercukur(bertahlul) pada pukul 200 petang gak lah.Sepanjang di Mekah aku dapat tawaf 3 kali ,tak berkesempatan nak kucup Hajar Aswad sebab terlalu ramai jemaah kerana ketika ni cuti sekolah di Arab Saudi.Ramai lah family yang datang mengerjakan umrah,seronok bila tengok budak2 pun pakai umrah teringat Haiqal& Qistina kalau dia pakai ihram insyAllah.27/02/09 Selepas solat jumaat terus bertolak pulang ke Jubail .Dalam perjalanan pulang tu ribut pasir agak teruk gak so bas slow je lah.Tiba di Jubail pada 28/02/09 kesokkannya pada 430 pagi terus gi solat subuh lepas tu tido sekejap bangun pukul 630 pagi bersiap nak gi kerja.
Alahamdulillah bersyukur kepada Allah yang telah menjemput aku menjadi tetamu nya ke masjidil haram.Insyallah aku akan datang lagi menyahut lambaian kaabah kerana disana aku merasa ketenangan yang tak pernah aku rasa ditempat lain.ALLAHUAKBAR.

No comments: