Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Saturday, February 28, 2009

CERITA UNTUK AYAH

Salam abang....
Ok...ni ibu uploadkan serba sedikit gelagat anak abang menyambut birthdaynye yang pertama...memang kelakar tengok gelagat dia...kelam kabut ibu dibuatnye..habis berkecah atas meja n lantai umah...tak pe la...yang penting si kecik ni gumbira....alhamdulillah dia sihat n gembira...kalau nak diikutkan malas jugak ibu nak kuar beli barang2 makanan untuk sambutan birthday dia ni..ye la..badan masih letih, ngantuk...baru balik dari kursus selama 4 hari...tapi untuk tatapan abang...ibu gagahkan jugak..abang tengoklah ye...hayatinye n simpan dalam memori abang....pasal KFC tu...heheh...(boikot memang boikot...tp si kecik ni mmg suka makan kentang putar tu..tu yg terpaksa beli..lagipun rasanya last makan bulan disember kot....)...ok kan????




Tengok tu...diusik oleh akaknye..siap tukar tempat tu....bawak lari ke meja bahagian tepi plak...pandaikan anak abang???..




Nak-nak yang ini...memang langsung tak nak ibu suap...sendiri makan baru puas kot...







Nak makan pun sendiri...tak nak disuapkan...dah besarlah katakan...









Baru diberi pisau untuk suruh dia potong kek, tapi dia terus capai buah favourite dia iaitu anggur laaa...



Ni gambar kek Luqman Hafiz yang pertama

Saturday, February 21, 2009

Happy Birthday Luqman Hafiz...

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulilah...28 Febuari iaitu hari ini, genaplah setahun umur anakku iaitu Luqman Hafiz. Kelahirannya memang dinanti memandangkan jaraknye dengan kakaknye iaitu Qistina adalah 5 tahun. Tepat jam 1.50 ptg, lahirlah Luqman Hafiz di Johor Maternity Specialist Centre kat Kluang dengan disambut oleh Doktor Luckmal Hakim B Zubir. Sebenarnya anakku ini sepatutnya lahir pada 29 Febuari namun atas desakan isteriku yang kasihan sambutan hari lahirnya diadakan 4 tahun sekali, maka kami bersepakat untuk "induce" bagi membolehkan anakku ini lahir pada 28 Febuari. Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulilah.


Selalunya kami akan menyambut sekeluarga sahaja, memandangkan ayahnya tiada, maka sambutlah dengan abang, kakaknya, ibunya dan birthday boy itu sendiri. Yang menariknya pada setiap kali sambutan ulang tahun kelahiran anak-anakku ini, dengan ibu-ibunya sekali akan mintak hadiah. Tapi tahun ni agak-agaknye apa yang ibunya akan mintak ek....hehheh...kalau anaknye biasanya akan mintak kek aje....kalau boleh, tiap-tiap bulan anak-anak aku ni mintak kek sampai tokey kedai kek yang aku selalu beli pun dah faham....tiap-tiap bulan mau sambut birthday ka?...kek yang digemari pulak....bukan nak kek yang ade krim...tapi kek Chocolate Moist...emmm..sedap....kalu sesapa yang nak cuba rasa.....bersebelahan dengan Bank Islam...kedai ni corner lot..kat sebelah kedai kek ni adalah Kedai Buku Unian....Landmarknye..senang je...carilah Balai Bomba Kluang...gerenti boleh jumpa kedai ni...Pasal status HALAL...insyaAllah...halal sebab ade sijil dan pekerjanya juga ada yang Islam.


Perkembangan terbaru anakku ini?....hehheh...giginya dah ade 4 batang...2 atas n 2 bawah....Bak kata orang baru dapat gigi...same je la ngan budak yg lain iaitu suka menggigit orang...bile-bile masa dan tidak kira keadaan(nak-nak time ibunya tengah YM ngan ayahnye, tetiba je adoiii). Mulutnye pun dah bising sekarang ni..cakap ntah apa-apa ntah, pandai mengajuk orang...sedang belajar berdiri sambil lepas-lepas tangan (aksi ni hanya berani dibuat diatas katil). Jangan le plak lepas dapat kaki, trus je lari dari rumah..huhuu...Luqman ni suka tersenyum...pantang orang tegur, responnye mesti baik punye...dan respon pada yang menegur tu..eee...comelnya ade lesung pipit....(ikut baka ayahnye la). Alhamdulillah sume anak-anak aku ade lesung pipit kat pipi.


Memandangkan hanya dia sorang je baby kat umah ni, maka tahap mengada-ngada dia pun bolelah tahan...pantang sentuh skit..padahal gurau je..nangis dia macam kena dera...jaga dia ni senang je...pandai bawk diri...pandai main sendiri..pendek kata senang la jaga dia....cukup makan..cukup susu..pampers tak penuh, diam lah n tak buat hal....alhamdulillah...syukur pada Allah kerana telah mengurniakan anak yang sihat dan comel kepada keluargaku...cuma satu je kelemahan nak jaga dia ni...time blackout...adusss...bisa pecah kepala dengar dia merengek...anak peti ais...tak tahan panas...sebab tu bli emergency lamp yg ade kipas sekali...kalu x cukup gak...Check -in dalam Hotel Kancil 806 la....hehehhe...nak check-in dalam Hotel 406 mahal la plak....apa yang penting..."JIMAT KOS"...


Oklah....Luqman Hafiz....semoga menjadi anak yang soleh, sihat selalu, ceria, panjang umur, makin comel n hensem macam ayahnye...

"LUQMAN DENGAN HADIAH HARI JADINYE YANG PERTAMA"



(Memandangkan si kecik ni tak pandai nak drive lagi...so, dia jadik bos la...akak n abang dia yang drive...dia hanya berdiri melambai org atau bertepuk tangan sewaktu dibawa menaiki kereta tersebut...

WAJAH-WAJAH LUQMAN HAFIZ BIN MAHATHIR



Gambar di Hotel Titiwangsa, Cameron Highlands...Bercuti seblum keberangkatan ayahnye ke KSA



Gambar sewaktu bermain di Batu Pahat Mall...gambar ni diambil selepas melawat datuknye diHospital Batu Pahat




Ni tandanye nak kena pos ke KSA, Buat ubat rindu ayahnye...time ni umurnya baru 5 bulan kot...



Ni la buaian tempat Luqman ngan abg n akaknye main kalu kat umah...dah pandai main sendiri kat buaian tu...kelakar



Gambar ni diambil setelah selesai majlis kenduri Aqiqah Luqman..Alhamdulilah sumenya berjalan dengan lancar


Saturday, February 14, 2009

SEKALI DIA CAKAP ARAB DA


SALAM SEMUA
Hari ni nak cerita pasal belajar bahasa arab kat Dakwah Center ni.Semalam selepas solat isyak aku dan ahli rumah aku pun dah sepakat nak pergi kelas bahasa arab yang diadakan di Dakwah Center ni.Kelas ni dua minggu sekali, tiap malam jumaat dan malam isnin lah.


Oleh kerana kita orng kerja kat arab so kena tau lah bahasa dia orang,Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek ni masuk kandang unta kena mengunta lah.By the way kita orng enjoye gak layan kelas ni disamping dapat ilmu dan mempelajari bahasa syurga.So dah prepare nak masuk syurga lah ni.InsyAllah
Kelas ni free je dikelolakan oleh Dakwah Center selepas solat isyak.Tenaga pengajarnya ialah ustaz dari Indonesia.Macam biasa lah malam ni kelas untuk beginner je,banyak lai nak kena belajar.
>
Apa yang aku tahu sekarng ni ialah bahasa arab tu ada 2 lah.Yang pertama bahasa Arab yang fasih iaitu bahasa Arab yang formal seperti AlQuran dan lagi satu bahasa Arab pasar iaitu bahasa arab yang telah terevolusi disebabkan pertemuan pelbagai budaya dan bangsa yang telah memeluk agama Islam.Senang ceritalah kalau kita guna bahasa arab fasih ni tercengang gak kejap pak arab ,lebih mudah kita guna bahasa pasar dalam kehidupan seharian.Walaupun kedua-duanya mempunyai persamaan tetapi masyarakat lebih menggunakan bahasa pasar dan bahasa Arab Fasih hanya untuk benda yang formal sahaja contohnya pembaca berita dan surat khabar lah.
Dalam kesempatan ini aku berdoa semoga ayahanda kesayangan aku Haji Samion supaya cepat sembuh daripada penyakit yang dialaminya.Semoga beliau boleh kembali aktif seperti sediakala.aminnnnnnnnn

Wednesday, February 11, 2009

IQAMAH




Salam semua,


Selepas masuk minggu ke-7 ni barulah Iqamah aku siap.Iqamah ni merupakan permit kerja untuk pekerja2 bukan Saudi di KSA . Masalahnya aku keje kat Sharq tapi iqamah aku kat kayan ,so kena lah aku gi kayan naik prebet sapu, seingat aku nama dia Murali, keta Chevrolet Caprice tapi ya Allah condition hancus, tapi bawak laju tu. Kena 20 riyal gak , kira ok lah. Alhamdulillah dapat gak aku punya iqamah.


Apa2 hal kena check dulu iqamah ni ,nama kena sama ngan kontrak dan passport,selalunya problem untuk orng Malaysia ni tak der BIN lah. Bila macam tu masalah nanti nak buat akaun bank. Alhamdulillah akunya semua ok.

Selepas dapat iqamah ni ,banyak lagi urusan nak kena buat, contohnya nak kena buat ID bagde, akaun bank, lesen memandu, yellow slip dan yang paling penting nak pergi umrah lah. Pakej umrah ni yang bawak aku sampai kayan.


Pasal ID badge ni, aku bertuahlah sebab dapat awal tapi bukan Kayan lah tapi Sharq punya ID badge . Dalam 2 -3 hari ni aku tengah layan belajar VHP MACCI boiler kat Sharq ni sebab aku nak kena joint start up boiler bulan depan ni.


Hari ni pagi2 aku nak gi kerja , lain macam pulak environmet kat jubil ni, dari jauh aku nampak persekitrannya kuning semacam je. Bila aku keluar daripada apartment aku ni barulah dapat aku rasakan ribut pasir yang sedang melanda bandar Jubil ni. Keadaan ni macam hujan lah kat Yong Peng tu tapi kat sini bukan air tapi debu halus yang beterbangan.Dia orng kata ni sebab nak bertukar musim daripada sejuk ke musim panas. Aku kena pakai macam ninja Naruto lah kalau nak jalan kat luar tu. Boleh tahan gak lah rasa dia kalau nak rasa datang sini. Pagi tu aku pakai gel rambut, so paham2 je lah debu melekat kat rambut aku ,senior tech arab aku tu gelakk je.


Pandangan yang cuaca yang normal di Jubail

Keadaan cuaca yang berdebu di waktu pagi masa aku tunggu bas.

Cuaca belah petang semasa aku balik kerja,nampak macam dah kurng sket lah.

Saturday, February 7, 2009

SHARQ

Salam
Dah masuk 1 minggu aku bertugas di tempat baru ni .Sharq merupakan salah satu affliate Sabic yang terletak di Jubil Industrial City .Nama penuh dia ialah Eastern Petrochemical atau lebih dikenali dengan nama Sharq mengambil nama sempena nama wilayah di KSA ni.Apa yang aku dapat rasakan ialah perbezaan suasana kerja di Kayan dan Sharq.Kalau di Kayan suasananya lebih seperti kerja di india lah.Majoriti pekerja di Kayan ni ialah orng India.Kalau di Olefin department tu tempat aku kerje lah ,mungkin membawa 70% pekerjanya orang India.Ada 10 orang Indonesia,1 orang Piliphina,Ragunathan,Mat Rod,Samadi ,aku, dan 2-3 orng bangsa lain lah.Kalau naik shuttle bas masa nak pergi masuk plant atau keluar daripada plant tu bau dia paham2 je lah ,tak bau kari ,bau bawang.Berbual pun banyak geleng kepala je la.
Aku dan Mat Rod bersama 3 Indonesia(Yeni,Dede,Dono)1 India(Sanjay) telah ditugaskan untuk membantu Sharq start-up dia orang punya Olefin plant yang pertama dalam projek 3rd expantionnya.Tapi buat masa ni kita orng masih dalam proses overview plant diorang lah.
Apa aku nak cerita ialah suasana kat sini baru dapat rasa macam kerja kat Arab.Dalam shuttle bas tu kita orng je lah orng luar yang lain budak2 Arab.Dia orang sama gak macm budak2 kita buat lawak je dalam bas tu ,ketawa terbahak2 gak, ada gak yang gonjol.Pak Arab ni ada gak yang muka macam jawa dan macam2 lagi lah.
Dalam hujung bulan 3 ni aku rasa aku dah kena masuk shift kot sebab boiler dia orng dah nak start.Sebetulnya projek dia orang ni dah delay selama 1 tahun.Apa-apa pun aku berharap semua berjalan lancar supaya aku dapat cuti balik kampung dalam masa terdekat ni.Dah lama tak jumpa Rna,Haiqal,Qistina dan Luqman
ok lah adios maasalamah

Friday, February 6, 2009

MAKAN-MAKAN KELAB RAKYAT MALAYSIA JUBAIL

Salam semua.


Semalam KRMJ telah mengadakan perjumpaannya kali ke-3 yang telah diadakan di Chevron Beachcamp. Tempat dia tu macam rumah rehat lah kalau kat Malaysia tu. Boleh dikatakan setiap company ada beachcamp dia sendiri.Tapi kali ni kita orang dah booking Chevron beachcamp. Kawasannya ditepi pantai dilengkapi dengan dewan, dewan makan, dapur,t aman permainan kanak2,court vally ball dan padang kecik lah.


Kita orang tiga biji bas sampai kat Chevron Beachcamp tu lebih kurang pukul 115 petang . Macam biasa lah kalau ada majlis ni kena rewang lah angkat barang untuk majlis ni seperti bahan makanan lah yang paling penting tu sebab masing2 dah lapar ni dari pagi tak makan lagi ni. Bila semua dah selsai ,kedatangan pun dah dicatatkan, maka Event Manager rosli koter pun jemput kita orng makan lah. Ada nasi lemak, roti canai, laksa penang, keropok lekor pun ada.kuih muih ala malaysia pun ada gak macam karipap dan puding. Yang lain2 macam biasa lah air,buah-buahan dan jajan untuk kanak-kanak.


Habis makan episod yang pertama kita orang pun solat Asar berjemaah kat dalam dewan makan tu gak. Lepas solat aktiviti bebas lah berkenalan antara satu sama lain dengan kawan2 yang dah lama kerja kat KSA ni. Aku jumpa gak lah ngan Hj Amran dan Suhaimi kecik yang dah lama kerje kat sini yang merupakan senior aku kat titan dulu.

Monday, February 2, 2009

Saudara Baru

Salam kepada semua.

Kepada Rna,Haiqal,Aqis dan Luqman ayah di sini selalu merindui kalian.Kali ini aku nak cerita pasal Dakwah Center di Jubil City ni.Ia merupakan pusat penyebaran dan bimbingan untuk saudara baru dan umat islam.Ia juga ada menyediakan kelas bahasa Arab yang dikelolakan oleh ustaz daripada Indonesia.Khutbah solat jumaat biasanya akan dialih bahasa kepada bahasa indonesia selepas solat jumaat itu selesai.Pada hari jumaat pula biasanya selepas solat imam akan mengumumkan saudara-saudara baru kepada jemaah.Mereka akn diajar megucap dua kalimah syahadah dan akan disambut dengan takbir oleh para maamum.Sungguh terharu jika kita menyaksikan kekuasaan Allah ini.Betapa Allah itu akan memberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang diingininya.Hidayah Allah ini haruslah dipelihara dan dijaga supaya ia kekal selama-lamanya sebagai petunjuk ke jalan yang benar.

Selepas mereka mengucap dua kalimah syahadah ,mereka pun akan beratur di pintu masjid dan bersalaman dengan jemaah yang lain.

Dakwah Center juga ada menyediakan pakej umrah yang sangat berpatutan.Dengan hanya SAR80 kita sudah boleh mengerjakan umrah ini tidak termasuk penginapan lah.Cuma perjalanan tu jauh sket lah ,1500 km rasanya.Tapi kalu nak lebih selesa bolehlah pergi umrah tu naik kapal terbang jer.Lebih kurang SAR700 tiket kapal terbang tu.