Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Wednesday, February 11, 2009

IQAMAH




Salam semua,


Selepas masuk minggu ke-7 ni barulah Iqamah aku siap.Iqamah ni merupakan permit kerja untuk pekerja2 bukan Saudi di KSA . Masalahnya aku keje kat Sharq tapi iqamah aku kat kayan ,so kena lah aku gi kayan naik prebet sapu, seingat aku nama dia Murali, keta Chevrolet Caprice tapi ya Allah condition hancus, tapi bawak laju tu. Kena 20 riyal gak , kira ok lah. Alhamdulillah dapat gak aku punya iqamah.


Apa2 hal kena check dulu iqamah ni ,nama kena sama ngan kontrak dan passport,selalunya problem untuk orng Malaysia ni tak der BIN lah. Bila macam tu masalah nanti nak buat akaun bank. Alhamdulillah akunya semua ok.

Selepas dapat iqamah ni ,banyak lagi urusan nak kena buat, contohnya nak kena buat ID bagde, akaun bank, lesen memandu, yellow slip dan yang paling penting nak pergi umrah lah. Pakej umrah ni yang bawak aku sampai kayan.


Pasal ID badge ni, aku bertuahlah sebab dapat awal tapi bukan Kayan lah tapi Sharq punya ID badge . Dalam 2 -3 hari ni aku tengah layan belajar VHP MACCI boiler kat Sharq ni sebab aku nak kena joint start up boiler bulan depan ni.


Hari ni pagi2 aku nak gi kerja , lain macam pulak environmet kat jubil ni, dari jauh aku nampak persekitrannya kuning semacam je. Bila aku keluar daripada apartment aku ni barulah dapat aku rasakan ribut pasir yang sedang melanda bandar Jubil ni. Keadaan ni macam hujan lah kat Yong Peng tu tapi kat sini bukan air tapi debu halus yang beterbangan.Dia orng kata ni sebab nak bertukar musim daripada sejuk ke musim panas. Aku kena pakai macam ninja Naruto lah kalau nak jalan kat luar tu. Boleh tahan gak lah rasa dia kalau nak rasa datang sini. Pagi tu aku pakai gel rambut, so paham2 je lah debu melekat kat rambut aku ,senior tech arab aku tu gelakk je.


Pandangan yang cuaca yang normal di Jubail

Keadaan cuaca yang berdebu di waktu pagi masa aku tunggu bas.

Cuaca belah petang semasa aku balik kerja,nampak macam dah kurng sket lah.

No comments: