Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Friday, February 6, 2009

MAKAN-MAKAN KELAB RAKYAT MALAYSIA JUBAIL

Salam semua.


Semalam KRMJ telah mengadakan perjumpaannya kali ke-3 yang telah diadakan di Chevron Beachcamp. Tempat dia tu macam rumah rehat lah kalau kat Malaysia tu. Boleh dikatakan setiap company ada beachcamp dia sendiri.Tapi kali ni kita orang dah booking Chevron beachcamp. Kawasannya ditepi pantai dilengkapi dengan dewan, dewan makan, dapur,t aman permainan kanak2,court vally ball dan padang kecik lah.


Kita orang tiga biji bas sampai kat Chevron Beachcamp tu lebih kurang pukul 115 petang . Macam biasa lah kalau ada majlis ni kena rewang lah angkat barang untuk majlis ni seperti bahan makanan lah yang paling penting tu sebab masing2 dah lapar ni dari pagi tak makan lagi ni. Bila semua dah selsai ,kedatangan pun dah dicatatkan, maka Event Manager rosli koter pun jemput kita orng makan lah. Ada nasi lemak, roti canai, laksa penang, keropok lekor pun ada.kuih muih ala malaysia pun ada gak macam karipap dan puding. Yang lain2 macam biasa lah air,buah-buahan dan jajan untuk kanak-kanak.


Habis makan episod yang pertama kita orang pun solat Asar berjemaah kat dalam dewan makan tu gak. Lepas solat aktiviti bebas lah berkenalan antara satu sama lain dengan kawan2 yang dah lama kerja kat KSA ni. Aku jumpa gak lah ngan Hj Amran dan Suhaimi kecik yang dah lama kerje kat sini yang merupakan senior aku kat titan dulu.

No comments: