Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Sunday, March 15, 2009

Happy Birthday Haiqal



6 jam lagi pada tahun 2002 akan lahir lah seorng bayi yang comel pengikat kasih sayang antara aku dan isteri aku.Tepat jam 6 pagi pada tarikh tu aku menyambut bayi sulung ku didepan labour room Hospital Sultanah Aminah dan terus azan dan qamat kan.Bermulalah gelaran ayah dan ibu untuk aku dan isteri aku.Kalau dikenang2 time tu memang tak sangka lah sebab HAIQAL lahir awal 3 minggu dari due date.Bermula pada petang 15/3/02 tu isteri aku dah rasa tak selesa,terus ke Rabissafina di Taman Rinting tapi dia nasihat kan terus ke HSA sebab ni kelahiran awal .
Alhamdulillah selepas 7 tahun Haiqal sekarang dah besar dah boleh diharap untuk membantu buat kerja rumah dan menggalas tugas ayahnya yang jauh diperantauan hehehe.
Haiqal sebagai anak sulung,pengalaman menjaganya tidak boleh kulupakan.Pada umur nya baru mencecah 4 bulan dia mengalami radang peparu,3 hari dok wad kat Hospital Penawar pasir Gudang,umur 6 bulan kena ceret beret sebab salah makan steam boat kat Klebang Beach Resort,5 hari dok wad Penawar lagi.Lagi satu haiqal ni kalau demam dia punya temperature tu boleh mencecah 40 degC.
Apa yang aku perasan tentang Haiqal ni dia pandai berposing time bergambar,ada jer posing yang dibuat nya.
Itu semua kenagan lalu sekarng dia sihat seperti anak2 lain.Menurut sumber2 yang boleh dipercayai sekrang dia rajin membaca, insyAlalh semoga menjadi anak yang soleh.
Buat pertama kali aku tak dapat sambut harijadi.Mungkin esok isteri aku dah sediakan semuanya ntuk harijadinya dan mungkin upload sket gambar beday2 dia.
ok lah adios
maasalamah
اسلأمعليكوم

No comments: