Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Saturday, April 4, 2009

MEKAH TO MADINAH

Salam sejahtera.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. sekali lagi aku telah dipermudahkan untuk menunaikan ibadah umrah buat kali kedua.Dalam sejarah hidup aku, hari jadi ku sambut dengan menunaikan ibadah umrah dan menziarahi Masjid Nabawi.

MIQAT DI TAIF
Alhamdulillah kali ini aku berkesempatan menziarahi makam Rasulullah SAW. di Masjid Nabawi selepas menunaikan umrah di Mekah.Dengan izinNYA semua perjalanan berjalan lancar dan kesihatan aku pun Alhamdulillah.
GUA HIRAQ
Kali ini kelihatan Masjidil Haram semakin dipenuhi oleh jemaah umrah dari seluruh dunia mungkin kerana visa umrah sudah mula dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi.Maka kelihatan lah rombongan2 dari Turki,Iran,Indonesia dan Malaysia.Mungkin banyak lagi rombongan lain tapi aku tak cam.
POSING DI NABAWI
Seperti biasa jika umrah Mekah Madinah ini kita akan hanya berkesempatan di Mekah dari pkl 1030 pagi hingga lepas Isyak.So tak banyak masa lah kita nak menatap Kaabah dan bersiar2 di kota Mekah.
Selepas solat Isyak maka bermulalah perjalanan ke Madinah,bumi yang disucikan oleh Allah untuk kekasihnya Nabi Muhammad SAW.Perjalanan lebih kurang 6-7 jam untuk sampai,selepas rehat sebentar di hotel aku pun berangkat lah ke masjid Nabawi sebelum azan subuh.
LAMBAIAN NABAWI
Alhamdulillah aku dapat solat subuh di belakang kawasan raudah walaupun telah dipenuhi oleh umat manusia.Selepas solat subuh aku pun terus pergi menziarahi Raudah seterusnya kubur ,Saidina Omar,Saidina Abu Bakar dan akhir sekali Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

KUBAH HIJAU KUBUR NABI

SYILING RAUDAH AREA
Masa rasanya terlalu singkat berada di bumi haram Madinah munawarah ini.Cuacanya sungguh nyaman dan dingin tak seperti di Mekah.Bandar yang teratur dan bersih.
Alhamdulillah aku dapat solat jumaat di kawasan Raudah lagi walaupun bukan didalam Raudah tapi sudah memadai bagi ku.
Selepas solat jumaat bertolaklah semula ke Jubail pada pukul 1430 dan tiba di Alhasson pada pukul 0425 pagi.


Pemandangan sekitar kawasan luar Masjid Nabawi sebelum solat Jumaat.

No comments: