Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Thursday, January 29, 2009

Minggu Ke-6

Salam
Alhamdulillah sudah masuk minggu ke-6 aku di KSA ni.Setakat ni aku masih tidak ada tugasan yang khusus di Sabic.Pada minggu lepas sahaja baru aku diberitahu bahawa aku akan dipinjamkan kepada Sabic Sharq iaitu salah satu anak syarikat Sabic.Sebelum itu aku telah di interview oleh Superintenden Ahmad Harbi,Supervisor Turki Al Otaibi dan Mutlak.Seperti biasalah pertanyaan yang diajukan berkenaan plan Sabic.Alhamdulillah aku dah prepare semuanya.Tapi masalah aku sebelum boleh pergi ke Sharq ni ialah belum dapat iqamah aku dan email Sabic.Esoknya selepas Mishal uruskan aku punya email pun dapat lah.Tapi ni macam email bapak aku samion@saudikayan.sabic.com.Tapi aku punya iqamah ni dah seminggu dia orng kata tomorrow, sampai hari ni pun masih tomorrow lagi lah nampaknya.Last -last Mishal bagitau yang hari ahad ni aku dan 8 lagi rakan mesti report di Sharq pada pukul 7pagi.

Macam biasa bila masuk 26 haribulan jer,paham-paham lah kan hari gaji. Aku masih kena ambil check dekat finance dept. dan cashkan di Saudi Fransi Bank lah sebelum boleh transfer ke isteri sayang aku tu.Alhamdulillah segala urusan berkenaan duit tu semua berjalan lancar dengan bantuan Din daripada Titan LDPE dan Jamali kawan seangkatan aku ke KSA.Tapi yang kelam kabut lepas tu lah bila duit baki aku yang dah asingkan untuk aku di sini hilang,menggelabah gak cari,akhirnya jumpa gak terselit kat kocek jaket ni.syukran.
Tempat kediaman aku ni masih mengalami masalah internet.Bila masuk hari khamis malam jer abis lah internet tak boleh pakai langsung. Macam-macam option aku cari dah cuba kat lobi,kat kaki lima,tepi tingkap tapi dia tak stabil lah.Kalau orng guna skype tu macam biskut lah putus2 je.Jadi masing muka cramp je lah bila hujung minggu sebab tak dapat berhubung dengan orang tersayang termasuk aku lah.
Semalam lepas solat isyak aku bersama Azri tukang masak aku pergi pasar lah nak cari lauk .Perjalanan nak dekat 1km gak lah baru sampai,pasar dia bersih tak ada lalat yang penting ikan dia segar-segar lah .Masa aku datang tu ada ikan yang masih tercungap2, lagi.Macam ikan ada macam kat Malaysia gak lah. Aku beli ikan ngan ekor lembu jer sebab nak jaln jauh berat nak bawak nanti.Semua sekali dalam SAR 88 lah banayk gak dapat buat lauk seminggu tak habis kot tu pun kalau rajin masak.
Ok lah kita jumpa next time.

No comments: