Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Friday, January 16, 2009

Minggu ke-4


Sempat gak posing kat keta Merc.V8 yang power ni. Malaysia jarang nampak keta ni. Dalam PS2 adalah ...



Inilah main offices
SABIC KAYAN
di AL-FANATEEL ni.





Syukran jazilan
Sudah masuk minggu ke-4 aku di KSA ni. Maksudnya dah 4 minggu aku tinggal kan Cikgu R'na, Aqis, Haiqal, Luqman Hafiz dan Yong Peng. Rasa dah mula sesuaikan diri denagn cara hidup di sini. Orang malayisa diJubil ni kira minoriti jer so kita kena ikut rentak dia orng la yang ramai kat sini iaitu india, pilipina dan indon. Kena selalu berfikiran positif baru boleh bertahan kalau tidak memang seronok duduk malaysia. Disini kelebihannya ialah tiap solat waktu, masjid boleh dikatakan penuh kerana kedai semua tutup, walaupaun masih ada yang curi2 bukak terutama cyber cafe lah.
Minggu ni merupakan minggu terakhir aku stay di Al-Bahar ni sebab minggu depan aku akan pindah ker jubil city. Aku akan menyewa apartmen di Al-Hasoon seperti kawan2 yang lain lah. Disitu boleh dikatan ramai orang malaysia dan indonesia. Allhamdulillah aku dapat bilik tingkat bawah so senang nak gi masjid nanti. Semalam aku dah pergi tengok bilik tu,s emua barang dia baru belaka kecuali mangkuk tandas jer lah .
Sempena minggu terakhir ni , aku dan sahabat lain pun ajak lah pak arab yang selalu ajak berborak tu , nama dia hussin seorang cikgu matematik (kalkulus mualim). hari ni dia bawak pegi solat jumaat kat masjid Al-Tamiah di Al-fanateel. Kawasan tu macam Putrajaya lah keadaannya, tempat golongan elit katanya. tempatnya memang cantik dan bersih kalau nak dibandingkan dengan jubil city tu. Lepas solat jumaat kita orng makan nasi beriayani kat Al-Phihaa,sebelah A-Fanateel tadi.
Pose istimewa bersama Hussin Al Zahrani selepas solat jumaat
Hussin mempelawa kita orang ikut dia lepas asar pergi menonton perlumbaan kuda . Kita orang suka jer lah, pucuk dicita ulam yang datang. Bab lumba kuda nanti aku citerkan.


Dijangka petang ni akan hadir lagi kawan2 dari malaysia ,tapi dah pukul 3 ptng ni tak nampak batang hidung lagi. Subuh tadi kekawan dari Indonesia dah sampai, lebih kurang 15 orng katanya.

No comments: