Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Friday, January 16, 2009

KUDA DRIFT..

Hari ni Hussin dah janji nak ajak aku dan kawan menonton perlumbaan kuda di Jubil ni. Lepas asar pun aku bersiap terus pergi ke rumah Hussin. Rumah dia simple je, dia duduk ngan abng dia yang kerja di SABIC SADDAF . Abng dia per Al-Kobar hari ni. Hussin dah siapkan qahwa (kopi arab) , shy (teh) dan tamar sket untuk dimakan ketika menonton perlumbaan kuda. Dalam 15 minit sampailah kat track kuda tu, ramai gak orng dah tunggu. Tempat tu ada gak tempat main untuk anak2, macam fun-fair gitulah. Tapi tak sehebat kat Yong Peng la ..

Sampai je kat sana Hussin kuarkan qahwa, shy dan tamar tu la.Gambar sebelah ni kuda tengah warmp-up mengokot gak bunyi dia. Hussin bagitau orang arab suka naik kuda sebab ia adalah salah satu aktiviti riadah nabi. Menunggang kuda bagus untuk tulang belakang kita.Selain berkuda nabi juga suka memanah, berenang dan mendaki bukit. Tapi kata Hussin sekarang budak-budak tau main PS2 jer.


Tepat pukul 4 petang waktu Saudi perlumbaan pun start. First time aku tengok racing kuda depan mata. Sedap gak layan. Rupanya laju gak kuda ni racing. Berderap bunyinya. Dia punya track tu lebih kurang 1 km la. Tak sampai 15 minit race habis. 1 round je.

Keta kuda ni macam biasala , kena bayar untuk naik satu pusingan tak tau berapa riyal. Lepas 15 minit satu lagi race berlangsung. Rasanya lagi laju daripada tadi. Rasanya ni cc lagi besar kot. Menurut Hussin hadiah untuk race kuda ni cuma untuk tempat pertama je.Hadiahnya dalam SAR60000 , lumayan tu. Kuda tu seekor SAR5000 dah dapat dah. Time race tu matahari terik tapi temp. dalam 16 deg C jer so sejuk la bila duduk lama-lama kat luar tu. Bila dah abis je race kita orang pun balik Al-Bahar la.
________________________________________________

No comments: