Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Wednesday, August 26, 2009

SEMINGGU PUASA

Bismillah,
Mungkin masa ni ada lagi yang masih melayan mata, sama ada yang di Tanah Arab ataupun Tanah melayu.Maklumlah bulan posa lah katakan,so ada kalanya tido lebih baik dari melihat benda2 yang lagho kat luar sana tu.Tapi di Arab ni kurang sikit lah cobaan mata tu, tak macam di bazar2 ramadahn kat Yong Peng dan Kluang tu.
Berpuasa di Arab ni berjauhan dengan family memang lain rasanya.Asyik teringat suasana bersahur dan berbuka bersama anak2.Tapi itu semua akan menjadi pengalaman buat pedoman dimasa akan datang,hheheheh falasalah-falsafah.
Pasal buka dan sahur kat sini memang ala kadar jer lah sebab kena masak sendiri. tak kan nak buka dan sahur khabsah je tiap-tiap hari,cukup bulan mau jadi boroi perut aku yang slim ni.Nak cari juadah buka di bazar ramadhan hehehheh ,boleh jumpa sambosa dan bubur kari jer lah.Lepas tu dia tak de jual seriyal dua dia main timbang kilo pulak,ha amik ko sekilo sambosa 30 riyal tak habis makan 4 orang.Mungkin belum jumpa lagi kot rojak asma,rojak petis,kuih kole kacang,puteri lilin,popia basah,karipap buatan arab saudi ni kot.InsyAllah kalau ada rezeki jumpa lah tu..... jangan harap kalau nak kopi gahwa dia org adalah.
Solat terawih hannya 8 rekaat je kat sini dan Pak Imam dia nya bacaan mumtaz mendayu-dayu dengar, siap ada doa qunut pada hari pertama tu siap syahdu sedan bunyi nya.Tapi biasa lah doa qunut dia nak dekat lima minit lah.
Tapi satu jer lah yang aku tak boleh tahan ,bekerja dan berpuasa dalam musim panas yang extream ni.Walau pun aku kena kuar plant dalam 1 hingga 2 jam jer tapi dia punya penat masAllah.Terbayang macam mana Rasullah mengharunginya dahulu.Tetapi dalam dua tiga minggu ni memang dia punya panas akan memuncak sebelum iya kembali reda dan beralih ke musim sejuk,insyAllah masa tu aku dah kat Yong Peng lah.
By the way aku doakan isteri dan anak2 aku kat Kluang tu berada dalam keadaan sihat walafiat lah hendaknya ,lagi-lagi dalam keaadan H1N1 ni.
Ok lah banyak cerita banyak bohong lah so kita cerita lain kali lah
Maasalamah

No comments: