Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Friday, August 28, 2009

BUKA HUJUNG MINGGU

Bismillah,
Alhamdulillah hujung minggu ni tak kena OT,kalau ada pun aku malas lah sebab panas sangat kat luar tu,Tu yang baru masuk hari kedua aku posa dah kena mata ikan kat pangkal lidah ni.Seksa beb...., nak makan punya lah susah terkial2 nak habis kan nasi,lagi2 kalau lauknya pedas2 perghhhhhhhhhh macam nak menangis.

So untuk menyelamatkan keadaan aku dan Mat Rod pun masak lah pengat pisang dan mee goreng hari ni sempena hujung minggu ni.Dah lama tak jumpa mee goreng kat sini sebab kat Arab ni jangan harap lah nak jumpa mee goreng kat kedai makan sebab mee goreng ni kira makanan pelik kat sini.Sebab apa....... tu kena tanya ngan dia orng aku pun tak tau.
Pasal ikutkan nafsu orang posa lah katakan, aku nya pengat ni macam2 isinya daripada keledek,biji sagu,labu,jagung,pisang montel,pisang tanduk,kacang merah dan last sekali siap ada tepung pulut gentel.Nasib baik yang gentel tu tak pakai cincin kalau tak mesti ada terselit biji lada semalam hehehhehehe.

Yang mee goreng ni kira ok lah secukup rasa itu pun sempat tanya isteri aku dia nya resepi sebab masa tengah beli barang nak masak tu dia telepon so dia sempat bagi tip-tip nak masak mee goreng tu lah.Itu pun guna sphageti lah sebab mana ada me kuning kat sini.Tapi tu semua tak jadi hal lah sebab akhirnya siap gak aku nya mee goreng tu,rasanya eemmmmmmmmmm boleh lah sedappppp.
ok lah banyak ceta banyak bohong,jumpa lain hari lah,
Maasalamah

No comments: