Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Thursday, August 20, 2009

SALAM RHAMADHAN

Bismillah,
Esok umat Islam di Malaysia dan Arab Saudi akan mula berpuasa.Alhamdulillah bersyukur kepada Allah aku masih dapat berjumpa bulan yang mulia ini lagi.Ini kali pertama aku berpuasa di rantau orang tanpa keluarga.
Banyak yang bermain dikepala 2-3 hari ni terbayang macam mana isteri dan anak-anak berpuasa tanpa aku.InsyAllah semua nya berjalan lancar dengan rahmat Allah.Yang pastinya 14 Sept. aku nak balik Yong Peng.
Dah 2 hari kat Jubail ni cuaca dia sangat humid.Dua hari lepas aku keje kat site tak sampai 2 jam, baju ni tak penah kering, peluh meleleh.Satu badan basah termasuk seluar kecik.Dia punya lepak badan macam baru siap nyawit 20 ekar lah.Teringat zaman nyawit nagn bapak aku dulu.Keadaan ni memang baru buat aku,ialah baru jengok muka keluar pintu rumah atau pun office jer dah berpeluh muka ni.Dia orng pesan kalau dah rasa pening kepala tu baik bawak2 berehat je lah takut nanti kena heat stroke.
Ini merupakan cabaran baru buat aku berpuasa dalam keadaan yang extreme ni.Dalam bulan posa ni Kayan punya waktu keje start dari jam 10 pagi sampai 4 petang je untuk muslim lah kalau untuk non muslim tu macam biasa jer lah.

Sebelum menjelang bulan posa ni juga pokok-pokok tamar di sekitar jubail ni banyak yang berbuah dan sekarang ni buah nya diperingkat rhotab yakni tamar yang separuh masak.Musim rhotab ni akan habis pada pertegahan Sept. kalau aku tak silap.Lepas tu kena tunggu tahun depan lah kalau nak makan rhotab, sebab dia dah jadi tamar.Rasa rhotab ni memang sedap sebab dia rangup dan manis.Ada yang warna kuning,hijau dan merah.Tapi kalau yang masih kuning tu kelat rasanya(kelat sangat).

Ok lah selamat menyambut bulan posa untuk semua yang terbaca atau membaca post aku ni.Maaf zahir batin.Buat isteri tersayang,Haiqal,Qistina dan Luqman nanti 15 Sept kita boleh pergi bazar ramadham Kluang beli rojak petis Atuk Mat Rojak.
SAHAJA AKU BERPUASA ESOK HARI DALAM BULAN RHAMADHAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TAALA

No comments: