Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Thursday, October 15, 2009

SELAMAT HARI JADI SAYANG





Salam,
Post kali ini aku tujukan khas untuk isteri ku merangkap kekasihku.So aku harap kalau ada ayat2 yang jiwang melampau tu harap maklum jer lah.Tapi aku ni bukan orng yang jenis romantik,fantastik,kritik,drastik atau pun beg plastik.Isteri aku lebih tau siapa aku so, ayang dah paham kan siapa abang ni so paham2 je lah hehehhehehe.
Aku tak pernah lupa tarikh 16 Oct ni sejak aku kenal Arnawati ni, sebabnya macam biasa lah sebab aku sangat sayang kat dia,hhehehe kan dah jiwang .

Ayang aku ni selalu akan ingat kan aku kenapa kita kena ingat birthday ni, mungkin pendapat orang lain2 kan, tapi menurut dia sebab untuk menghargai perjuangan perit jerih ibu kita melahirkan kita kedunia ni.Pada aku itu memang betul dan harus kita hargai dan niat kerana Allah.Ada juga kawan dari sebrang yang berpesan yang bunyinyer macam ni lah "menggembirakan isteri itu satu ibadah".Aku harap post aku ni dapat menggembirakan hatinya walaupun tak sepenuh hati tapi Ayang ingat lah Abang selalu menyayangimu.... perghhh jiwang lagi ni.

Sejak aku hidup bersama ayang aku ni aku rasa aku ada miss bagi hadiah hari jadi kat dia.Cuma aku tak kan pernah lupa untuk mengucapakan "SELAMAT HARI JADI SAYANG". Tapi tahun ni aku rasa banyak aku hutang ngan dia untuk hari jadi ni. InsyAllah aku akan sentiasa berdoa semoga aku akan dapat terus membahagiakan ayang aku sorang ni.
Ok lah banyak cerita banyak tipu lah,SELAMAT HARI LAHIR ditujukan kepada sayang abang Arnawati dengan ucapan I LOVE U ,semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan sihat selalu.muahhhhhh 23 kali gandaaa kebam boo baaaa....heheheheheheheh

No comments: