Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Thursday, October 29, 2009

PINDAH

Bismillah,
Salam semua,hari ni aku berpindah buat kali ke-3 dalam masa 10 bulan tinggal di Arab.Macam orng Arab Badwi lah pulak.Bermula dari Al Bahar ke Al Hasson Building 3 bilik NO-3 lepas tu ke Penthouse Al Hasson Building 2 bilik no-25.Dan yang terbaru ni Al Mithal tingkat 2 bilik no-9.Kata orang banyak pindah banyak pengalaman kan tapi yang pasti banyak penatnya lah.Sebab berpindah pula berbeza-beza ikut keadaan.Yang pertama tu sebab dah kena halau ngan Kayan,ke dua sebab pecah kongsi ngan Haji Sabar,Hadli dan Azri sebab dia orng semua tu family package dan yang ketiga ni sebab nak tukar angin sebab dah lama sangat bergelumang dengan lipas,air hijau dan naik panjat tangga.Tapi yang bestnya bilik lama aku tu dapat bau macam2 dari yang sedap hingga lah yang tak patut masuk lubang hidung.Apa tak nya belum masak lagi dah bau kari,ikan masin,sambal belacan dan macam-macam lagi lah multi nation punya masakan.
Rumah baru aku ni kira ok lah dari yang lama tu, tapi tak tau lagi kan sakit dia ,kita tengok lah nanti sapa yang kena.Lagipun ramai dah orang Malaysia yang keluar dari Al hasson tu,kalau tak silap tinggal Samadi and the gang jer yang tinggal.Ok lah cuma post aku kali ni aku nak postkan gambar-gambar yang tak sempat aku postkan sebelum ni maklumlah dah lama tak update blog ni kan.

Gambar seputar Olefins Gathering yang telah diadakan sebelum bulan puasa di Shep Chem. Beach Camp.

Bersukan lah kononnya ni.


Berposing bersama Supv. Turki dan Ali Dokhi.


Jamuan selepas gathering tu semeja dengan Rusty-secretary Olefins.


Ha ni yang buat suspend ni kena introduce diri sendiri siap diapit oleh Manager Olefins Ahmad Oudah.


Barisan pelakon Sinetron "Dunia Pria"


Para Tukang rumah profesional yang sedia menerima tempahan memecah rumah


Bergambar bersama jaguh pancing negara selepas menewaskan ikan tambak di pantai Al Fanateer.


Lunch bersama kru-kru sinetron "Dunia Pria" episod makan khabsah.


Hujan di Jubail selepas waktu isyak sebelum musim panas yang lalu.


Dinner bersama Pakar urutan tradisional Pak Bambang selepas habis kerja shift petang di Sharq.


Barisan pelakon Ultraman Gaya -Episode Crack Gas Compressor


Berbuka puasa di rumah Supv. Turki Al Otaibi.


Pekena teh rozzel arab dengan Ali Salleh,atau bahasa Arabnya teh merah @ chai ahmar.


Dan akhir sekali inilah trio malaysia di Olefins Department sedang melahap khabsah kambing di jamuan berbuka puasa yang di sponsor oleh KBR kerana dapat yellow flag 3 kali berturut-turut.

No comments: