Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Monday, June 15, 2009

مالزي -ابو ضابي-دامم

Salam semua
Akhirnya aku dah tersampai semula ke KSA bumi yang penuh dengan keriangan ni hehehe macam pegi Genting pulak,saja nak sedap kan hati lah tu.Pejam celik-pejam celik dah tiga minggu aku hilangkan diri dari KSA ni,rasa kejap jer.Tapi aku rasa kalau celiiikkkk jer tak pejam pun mesti rasa kejap gak kot,nanti aku try letak masking tape kat mata macam Tom n jerry tu buat.
Semalam aku dah start masuk keje shift malam ,biasa lah bila lama tak keje ni otak ni masih dissconnected lagi ngan server SHARQ tu maklumah masih guna server Yong Peng tu yang terkulat2 nak tulis shift report.Masuk jer CCR mulalah aku kena salam style Pak Arab ,peluk dan laga pipi cuuuup cuuupp bunyi nya, ok lah tu menandakan aku dah 5 jam jarak waktu dengan Yomg Peng.Esok pulak lain cetanya, aku kena pegi vendor training pulak kat Kayan selama 2 minggu lah kurang lebih.Ada desas-desus yang mengatakan lepas vendor training ni aku akan terus stay kat Kayan,tak pe itu belakang cerita.
Perjalanan pulang dari KLIA-ABU DHOBI-DAMAM boleh tahan jugak bosannya sebab kena transit kat ABU DHOBI nak dekat 9 jam.Aku lepak kat surau jer lah boleh gak tido dan charging lap top.Dapat gak lah aku YM ngan isteri dan anak2 sementara menunggu boarding pass tu.Sampai kat Damam, biasalah kena beratur lah nak lepaskan imergresen check point tu,kalau reentry ni kurang lah sikit azab dia,itupun nak dekat 1 jam gak beratur.Teringat mula2 dulu kena beratur nak dekat 4 jam.
Ok lah tu ,terima kasih buat isteri tersayang yang susahkan diri selama 3 minggu layan abang,insyAllah kita jumpa lagi.Tak lupa juga semua family abng Jory,Utit,Slamet yang utang aku MIRA L5 bucket,Iwan,Dayat dan yang tak sempat jumpa tu kak Nong,wak Herman,Hussin n kak Jue,abang Mamat n kak Neng,abng Man n kak Lina.Selamat hari bapa untuk Haji Samion dan Abdul Halil.OOOO ada satu lagi SELAMAT PENGANTIN BARU SELAMET@PIAH@ISMADI & NORA yang akan bersanding pada 28 june ni.
Macam tuju-tuju kan lagu pulak huhuhuhuh.

No comments: