Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Friday, January 1, 2010

TAHUN BARU...

Salam....
Tahun baru ni aku dikejutkan dengan berita adik suamiku accident....pada mulanye bile aku hanya mendapat tahu hanya patah tulang di bahagian peha....aku pikir tak de la teruk sangat....tapi malam tadi suami menelefon abgnye untuk mengetahui cerita yang sebenar...aku benar-benar terkedu dan sedih sangat...

Selepas dari kemalangan tersebut, adik suamiku dimasukkan ke hospital sultan ismail...pada malam tersebut juga dalam pukul 2 pagi dia telah selamat menjalani pembedahan memandangkan adik suamiku telah koma atau dalam erti kata lain tidak sedarkan diri...setelah selamat memasukkan besi ke dalam pehanye, adik suamiku masih lagi dalam keadaan koma.

Berita yang aku terima pada masa ini...alhamdulillah dia telah sedar tetapi masih bergantung kepada wayar2 yang ditebuk pada leher dan seumpamanye....dia tidak mengalami kecederaan di tempat lain....itulah yang aku pelik...rupa2nye ni jawapan dari doktorlah....memandangkan adik suamiku itu berbadan besar, lemak2 yang ada padanye telah pecah dan memasuki saluran darah sewaktu kemalangan tersebut...itulah punca mengapa dia berada dalam koma..

Iskandar ataupun panggilan utit ataupun pak su utit untuk anak2ku ini rapat dengan keluarga aku....mungkin sbb dia yg paling bongsu....tapikan..mana tak sedih..minggu lepas semasa kami semua berkumpul untuk membuat kenduri allahyarhamah Ibu suamiku..nampak juga "hint2" yang macam lain macamlah.....ada ke nak mandi srh dimasakkan air panas padahal dah 25 tahun tu...time nak balik JB tu siap ckp aku tak balik sini lagi dan macam2 la....harap2nye itu maksudnye adalah lain

Ntahlah...hati sebak....macam2 bermain dalam pikiran...dulu dah kehilangan adik ipar sebab kemalangan juga, kemudian kehilangan ibu mertua....Semoga Iskandar ataupun Utit cepat sembuh dan tabah menghadapi semua dugaan hidup ini. InsyaAllah

No comments: