Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Tuesday, December 22, 2009

22.12....

Bismillahirrahmanirrahim....
Diam tak diam...cepat betul masa berlalu...pada tarikh ni...genaplah setahun suamiku berada di KSA....memang tak sangka...setahun kami berjauhan....selama 8 tahun kami hidup bersama....terpaksa berpisah "sementara" dengan suami tersayang....hendakkan sesuatu, aku terpaksa berkorban buat sementara waktu....

Pelbagai kenangan manis, pahit dan lucu selama setahun aku berjauhan dengannya....Alhamdulillah 3 kali juga suami dah balik untuk bercuti di sini....berendam air mata???...sape yang tak sedih bile berjauhan dengan suami...semuanya kita yang kena buat sendiri....RINDU???....x payah nak ckplah....menangis ajalah yang aku mampu....

Tabiklah pada mana2 isteri yang tak ikut suaminya tu...memang kalian tabah...setabah-tabah aku, kadang2 pun x sekuat mana yang disangka...mana nak uruskan anak2...mana nak uruskan kerja....org bole kata...kenapa tak nak ikut suami?....banyak yg harus difikirkan untuk aku ke sana...pada pendapat akulah...rugi rasanya mengambil cuti tanpa gaji...banyak perkara yang akan terjejas sewaktu kita nak pencen...lagipun bukannya lama pun suami nak kerja kat sana...tapi itu pendapat masing2 la....lagipun aku banyak urusan yang nak dibuat disini.......kalau nak tulis..kan kata mengeluh pulak....kalau anak sorang, mungkin aku terpikir jugak nak ke sana...ni dah 3....heheh..kang yang dikejar tak dapat,yang digendong keciciran....

Kadang-kadang sedih juga kalau keluar makan dengan anak2, pergi kedai, pasaraya ataupun window shopping.....orang pandang kita ni macam "janda"....hahaha...ntahlah..kadang2 memang x selesa bilemana orang memandang kita lain macam....mungkin pandangan simpati atau apa2 laaaa....terserah....

Berani ambil keputusan, beranilah tanggung risiko...jadi...inilah yang aku harus tanggung atas apa yang aku pilih....semoga aku AKAN MENJADI ORANG YANG LEBIH TABAH....buat suami....selamat ulang tahun yang-1...celebrate kat mana????

No comments: