Y2K 2 KSA

"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu (Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan (turutlah terus) agama Allah-iaitu agama yang Allah ciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Surah ar-Ruum:30

Wednesday, February 17, 2010

KRISIS AIR LAGI....

Salam....
Dah 2 minggu kat Kluang ni mengalami krisis air....itu tak kisahlah....tp mcm tak adil bile kat taman-taman airnya akan kuar setiap 2 hari diikuti dengan sehari tak de air....tapi bagi kami yang duduk kat kampung2 ni?....langsung air tak de..mengharapkan bekalan air dari lori-lori yang akan datang....

Mula-mula tiap hari lori akan datang menghantar bekalan air....ni dah 2 hari sekali...mungkin esok lusa 3 hari sekali dan begitulah seterusnya...bagi aku yang tak de tukang angkat air...maknanya akulah yang kena mengangkutnya masuk ke dalam umah...penat...panas...tuhan saja yang tau....cuaca panas terik kali ni lain macam...panas tu toksah cetalah...silaunye tu sampai memeritkan dan memedihkan mata....nasib baik ni tgh cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina...jadi memerap ajalah dalam umah..tido, bangun tido, masak, makan, tgk tv, tido....

Badan pun rasa macam dah naik ni...dah susah hati gak...dulu time cuaca tgh ok, petang2 ada gak beriadah (nak kata bersenam, malu la plak)...ni cuaca dah panas, duduk dalam umah ajalah besarkan badan.

So far setakat ni alhamdulilah anak2 semua sihat....aku masih menghandle segala masalah walaupun kadang2 menangis gak....penat...tapi nak buat cam ner...hidup kena teruskan jugak walaupun laki jauh dimata....semoga krisis air ni takkan lama....lama dah tak hujan...

No comments: