Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan sukacitanya Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor merakamkan setinggi penghargaan dan menganugerahkan Sijil Penghargaan kepada Muhamad Haiqal B Mahathir kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang dan telah mendapat TERBAIK MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2009.
Alhamdulillah...setibanye di rumah selepas balik dari mesyuarat dengan pegawai-pegawai dari JPN Johor, anak pertamaku menyerahkan sijil ditanganku.....Terharu apabila membaca isi kandungannya....Kesian juga tak dapat menyaksikan majlis penyampaian hadiahnye tadi...begitu juga dengan konvokesyen tamat prasekolah anakku yang kedua....Inilah nasibnya apabila beribukan seorang guru.....(memang diakui bukan semua gurulah tapi mungkin anakku tidak bernasib baik...memandangkan aku seorang penyelaras, maka semua mesyuarat, kursus ataupun apa2 aktiviti aku tak bole excuse....
Apa pun...syukur alhamdulillah...mungkin selepas ini anakku akan menjadi lebih cemerlang, soleh dan berjaya dunia akhirat...insyaAllah....
SELAMAT HARI RAYA, Eid Mubarak
15 years ago
No comments:
Post a Comment